Full Width CSS

Timbalan Menteri Minta Pandangan Orang Ramai Berkenaan Landasan Berkembar KTMB @AKaprawi


Orang awam terutamanya penduduk sekitar dan berhampiran dengan landasan keretapi bagi laluan Gemas ke Johor Bahru diminta untuk memberi pandangan berkenaan cadangan projek landasan berkembar yang kemungkinan besar bakal dilaksanakan kelak.

Klik sini untuk memberi maklum balas.

Berikut ringkasan mengenai projek Landasan Berkembar Elektrik dari Gemas ke Johor Bahru.

Ia merupakan satu projek di bawah Kementerian Pengangkutan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam berasaskan rel kepada orang awam disamping menghubungkan jaringan landasan berkembar elektrik sehingga ke Johor Bahru dari Gemas.


Dalam masa yang sama turut meningkatkan jaringan sektor sosial dan ekonomi ke selatan Semenanjung. Ia turut meningkatkan bilangan perkhidmatan kerana kapasiti landasan ditingkatkan serta tempoh perjalanan telah disingkatkan. Penyediaan infrastruktur landasan berkembar elektrik adalah berdasarkan parameter projek yang sediada siap seperti di antara Sektor Seremban – Gemas dan Ipoh – Padang Besar.​

Objektif utama pelaksanaan projek landasan berkembar elektrik dari Gemas ke Johor Bahru adalah seperti berikut :-

a. Menaiktaraf infrastruktur pengangkutan berasaskan rel untuk mencapai permintaan pengangkutan penumpang dan barang;
b. Mengurangkan kesesakan jalanraya dengan memperkenalkan sistem perkhidmatan keretapi yang moden dan effisien;
c. Menyingkatkan tempoh perjalanan serta meningkatkan kapasiti landasan yang turut menambahkan perkhidmatan keretapi.

Maklumat lanjut mengenai projek ini, sila klik sini.

Post a Comment

0 Comments