Full Width CSS

The Rocket Pocket Man Rampas Kembali Ranking Nombor 1 Dunia


Pernah dilanda pelbagai kontroversi dan isu kecederaan yang dianggap sangat epic dalam sejarah sukan negara, Azizulhasni Awang kini kembali menggegarkan dunia dengan merampas ranking pertama dunia dalam acara 'feberet' beliau, keirin.

The Rocket Pocket Man, ikon anak muda negara ini kini dilihat kembali fokus kepada sukan kegemarannya dan semakin hari semakin menunjukkan prestasi terbaik serta keupayaan tanpa mengenal rasa berputus asa.

Laman web Union Cycliste Internationale (UCI) meletakkan Azizulhasni berada di tangga teratas dengan mata terkumpul sebanyak 508 mendahului pelumba Perancis, Francois Pervis dengan 504 mata dan Edward Dawkins dari New Zealand dengan kutipan mata sebanyak 494 sahaja.

Nampaknya ada sinar harapan untuk Malaysia menjulang emas pertama di Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada bulan Ogos nanti kerana The Rocket Pocket Man kini berada pada kedudukan teratas di Asia.

Apa yang pasti seluruh Malaysia senantiasa mengharapkan kejayaan pelumba terbaik negara ini untuk masa² akan datang. 

Insyallah, sama² kita doakan kejayaan anak muda yang berpotensi besar ini.


Kontroversi The Rocket Pocket Man support Gaza, klik sini.

Post a Comment

0 Comments