Full Width CSS

Andai Cerita Derma Bohong Najib Tak Akan Dibenarkan Datang Ke Arab @NajibRazak #KekalNajib


Seandainya benar Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak berbohong dalam perkara berkaitan wang derma politik bernilai RM2.08 bilion yang diberikan keluarga Diraja Arab Saudi, pastinya kerajaan negara itu akan mengharamkan kedatangan Najib ke Arab Saudi ekoran perbuatan jahat itu.

Bagaimanapun beliau kini berada di Jeddah,Arab Saudi dalam rangka lawatan kerja serta dijadualkan akan menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di sana. Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin dan para pegawai tinggi kerajaan Arab Saudi.
Pesawat khas yang dinaiki Najib dan rombongan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada pukul 11.50 malam (waktu Arab Saudi) semalam. Setibanya beliau di Arab Saudi, acara pertama lawatan kerja Najib ialah mengerjakan umrah di Kota Suci Makkah hari ini.

Najib akan turut melawat anggota tentera Malaysia yang ketika ini sedang berpangkalan di Hafar Al Batin. Rombongan Malaysia yang diketuai Najib turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta para pegawai kanan kerajaan. 

Kenyataan Kementerian Luar, lawatan kerja Najib bakal membantu usaha meningkat dan memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terjalin erat antara Malaysia dan Arab Saudi merangkumi hal politik,ekonomi,pertahanan dan hal ehwal haji.

Bayangkan jika cerita berkaitan wang derma yang bukan sedikit itu direka oleh Najib, pastinya beliau sudah diharamkan masuk ke Jeddah serta dikenakan tindakan oleh kerajaan Arab Saudi. Diketahui umum, perihal perkara berkaitan keluarga Diraja Arab Saudi begitu sensitif apatah lagi soal kekayaan mereka dipersendakan kerajaan negara lain.

Negara berkenaan pula negara yang rapat serta mempunyai reputasi jemaah Haji yang baik serta berdisiplin iaitu Malaysia.

Dari sudut mana logiknya, Najib mengada-adakan cerita wang derma dari Arab Saudi itu seperti yang dicanangkan para pemberita portal pro-pembangkang yang tidak beretika itu.

Post a Comment

3 Comments

  1. Kalau tak bohong tak payahlah pecat org

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang dah sontot kau, kau benarkan ke lagi orang tu datang rumah kau...lainlah kalau kau suka kena sontot...

      Delete
  2. Raja Arab sekarang takde kena mengena dengan Derma seperti yang didakwa Dia tiada kaitan, so apa hal lak dia nak larang Najib. Kalau betul pun ada derma lagilah dia orang dapat nama. guna akai sikit boleh tak?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..