Full Width CSS

Perdana Menteri @NajibRazak Merangkap Marketing Officer #RespectMyPM #KekalNajib


Hari ini apa yang banyak pihak lihat adalah Perdana Menteri Malaysia diselaputi dengan pelbagai skandal dan tuduhan tidak berasas dengan pelbagai isu semenjak hari pertama beliau menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan ini.

Sukarnya menjadi PM mungkin hanya Allah saja yang mengetahuinya. Tetapi daripada Tuhan yang Maha Berkuasa saja tetap memperteguhkan iman anak kepada bekas PM ke 2, Tun Abd Razak ini untuk terus mentadbir negara dengan baik.

Barangkali ada sebilangan antara kita yang tidak mengetahui tugas sebenar seorang PM. Apa yang kita nampak beliau hanya memimpin negara menuju kejayaan di samping membentuk perpaduan erat di kalangan rakyat.

Hakikatnya dalam masa yang sama beliau juga sanggup mengambil pelbagai peranan antaranya menjadi orang tengah (pengantara) dalam isu pertelingkahan antara dua pihak. Sebagai contoh rundingan konflik di Selatan Thai yang melibatkan antara kerajaan negara tersebut dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN) kumpulan pejuang kebebasan Islam.


Begitu juga tindakan Malaysia mengambil peranan sebagai pendamai antara kerajaan Filipina dan pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang telah lebih 40 tahun berkonflik. Ada lagi beberapa peranan dan tanggungjawab yang diberikan kepada Dato' Sri Najib Tun Razak atas dasar meyakini kebolehan yang ada pada diri beliau.

Kenapa beliau sanggup lakukan semua ini?

Jawapannya mudah sekali iaitu ingin mendapatkan kepercayaan negara yang menggunakan 'khidmat' beliau dan sekali gus mewujudkan hubungan lebih rapat dengan kerajaan negara tersebut. Dalam masa yang sama beliau menerima pengiktirafan dari negara serantau.

Apa yang Malaysia dapat daripada pengiktirafan tersebut?

Pengiktirafan yang diterima dalam erti kata lain, pihak asing berkeyakinan dengan keupayaan PM dan Malaysia dari segi hubungan antara negara yang boleh dibentuk dan diperkukuhkan lagi. Rentetan pengiktirafan ini, nama Malaysia terus gah di persada dunia kerana peranan yang diperlihatkan telah mempengaruhi negara-negara lain.


Hasilnya negara barat kembali melihat ke Asia. Sebagai contoh PM telah dipelawa oleh pemimpin yang paling berpengaruh di dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama untuk bermain golf dengannya di Hawai pada awal pagi sambutan perayaan Krismas.

Adakah tindakan Obama ini dilihat saja-saja atau sebenarnya beliau juga mengagumi (admire) dengan sikap bersederhana pemimpin dari negara kita ini? Bayangkan pada hari cuti perayaan yang sepatutnya Obama habiskan waktu bersama keluarga tapi beliau memilih menghabiskan masa dengan pemimpin Melayu ini.

Realitinya inilah permulaan kepada keseriusan pengukuhan hubungan dua hala Amerika Syarikat yang kini merupakan pelopor utama pelaburan di Malaysia.

Perkembangan ekonomi dunia juga tidak sentiasa berada dalam keadaan baik dan kesan kelembapan tersebut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi terutamanya di Asia semakin suram seperti yang terjadi awal tahun 2016 ini. 

Segala tohmahan dan fitnah daripada pihak Pembangkang yang sesen pun tidak menyumbang kepada pembangunan negara tidak mematahkan semangat beliau. Ditambah lagi dengan sikap meracau-racau 'bekas ayahanda' dan serangan dari orang kanannya yang cuba membuat gerakan menjatuhkan beliau dek kerana pelbagai tuduhan tidak benar kerana termakan racun persepsi media pembangkang.

Namun bagi seorang Perdana Menteri yang tegas, beliau tetap terus berjalan dan tidak melihat keadaan ekonomi yang suram sebagai faktor penghalang. Perubahan negatif secara total struktur pertumbuhan global menyebabkan beliau bertekad terus melobi pelbagai projek di negara asing untuk mendapatkan hasil pulangan buat negara.

Najib bersama delegasi mempertaruhkan kepakaran anak tempatan dalam pelbagai bidang untuk memastikan syarikat-syarikat milik kerajaan dan swasta dapat memenuhi permintaan pasaran dunia.


Sebagai contoh syarikat Prasarana Negara Berhad berjaya mendapat hak selaku pengendali perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro Souther Line yang beroperasi hanya pada musim haji saja. Peranan ini bukan kecil tetapi ia adalah tanggungjawab besar membawa dan memastikan keselamatan jutaan Jemaah Haji menggunakan perkhidmatan tersebut dengan baik.

Begitu juga dengan kepercayaan yang diterima oleh Malaysian Airport Holding Berhad (MAHB) yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan operasi di Kemboja, Maldives, Kazakhstan dan Turki.

Perkara ini bukan baharu dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Ianya telah lama dilakukan oleh pemimpin terdahulu demi memastikan negara memperoleh hasil pulangan dan dikenali serata dunia. Ya Najib ikut track yang sama bekas-bekas Perdana Menteri sebelumnya. Tapi dalam konteks dunia tanpa sempadan fitnah hari ini, ianya perlu dikongsikan secara meluas supaya tiada pihak berkepentingan menjaja 'kelemahan' kerajaan kepada rakyat demi mengaut sokongan tak bemoral.

Hari ini pelbagai bentuk pembangunan masa depan diperkenalkan oleh kerajaan. Secara tidak langsung dapat menarik minat pelabur asing 'mencampakkan' berbilion-bilion ringgit ke dalam projek pembangunan yang bakal memberi pulangan positif.


Terbaru, kesediaan syarikat milik China mengumumkan pelaburan sebanyak US$2 bilion bagi memastikan mereka turut tidak ketinggalan dalam pembangunan Bandar Malaysia. Ini menunjukkan kesediaan dan kepercayaan syarikat-syarikat asing menjadikan Malaysia sebagai hub pengantara perkembangan syarikat mereka.

Keputusan membuat pelaburan di Malaysia bukannya dibuat dalam tempoh sehari dua. Tetapi ianya dibuat setelah mengambil kira dari pelbagai sudut yang telah dikaji dan salah satunya disebabkan iklim pelaburan yang sihat kerana kestabilan ekonomi di samping keadaan negara aman berbanding negara serantau yang lain.

Satu perkembangan positif yang baik kita terima kini. Bahkan sebenarnya ia memberi manfaat bersama kepada rakyat apabila kemasukan pelaburan asing ke dalam negara akan mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan bersama.

Apa yang diharapkan ianya terus kekal adalah kepimpinan yang bagus akan menjadikan ekonomi dalam negara bertambah baik sekali gus dapat memberi manfaat berguna kepada rakyat umumnya. 


#RespectMyPM

Post a Comment

0 Comments