Full Width CSS

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Tidak Bertanggungjawab Ke Atas Kerosakan & Kerugian Akibat Bencana


Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menjelaskan ia bukan lagi agensi yang bertanggungjawab membuat penilaian ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pihak dalam sesuatu bencana.

Setiausaha MKN, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata tanggungjawab itu kini diambil alih oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang ditubuhkan sejak tahun lalu.
"MKN tidak lagi menguruskan bencana, sekarang bencana di bawah agensi baharu iaitu NADMA," katanya menerusi aplikasi 'WhatsApp' kepada BERNAMA di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang mahu MKN membantu pesawah di sekitar Kerian membuat penilaian kerugian jika kawasan itu diisytihar sebagai kawasan bencana disebabkan paras air di Empangan Tasik Bukit Merah semakin susut.

Penyusutan air di empangan itu disebabkan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

Zambry berkata, pihaknya akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya mengisytiharkan Bukit Merah, kira-kira 90 kilometer dari sini, sebagai kawasan bencana. 

Post a Comment

0 Comments