Full Width CSS

6 Bulan Sewa Percuma Di #MARA Digital Mall Seluruh #Malaysia


Para peniaga di pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital Mall di seluruh negara akan turut menikmati pengecualian bayaran sewa selama enam bulan sama seperti MARA Digital Mall di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian telah memutuskan untuk memberi sewa percuma itu sama seperti diberikan kepada bakal peniaga di MARA Digital Mall di Anggerik Mall, Shah Alam dan Glomac Mall di Damansara, kedua-dua mall itu akan dibuka pada masa yang terdekat ini," katanya.
Ismail Sabri berkata subsidi sewa itu diberikan sebagai bantuan sementara bagi peniaga memulakan perniagaan selama tempoh enam bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan, ia bukannya layanan istimewa kepada para peniaga seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Beliau berkata MARA Digital Mall di Anggerik Mall akan dibuka pada akhir bulan depan (Jun), kelewatan pembukaan mall itu disebabkan bangunan berkenaan mengalami kebocoran dan kerosakan akibat ribut baru-baru ini, justeru, pembukaan terpaksa ditunda atas sebab keselamatan.

"Para peniaga perlu memulakan perniagaan mereka pada masa yang sesuai kerana pada bulan puasa, kebiasaannya orang ramai gemar membeli pakaian baju raya berbanding telefon bimbit dan barangan IT," katanya.

Pada Disember tahun lepas, Ismail Sabri berkata MARA Digital Mall akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara tahun ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT.

Post a Comment

3 Comments

  1. Dah 53 tahun memerintah...sampai bila Nak kena bagi subsidi?..MALU la jadi bangsa subsidi. Cubala jadi bangsa yang berdaya saing. Malu la sikit kat dunia luar. Orang asli pun boleh hidup Tanpa subsidi. Cakap hebat. Kutuk bangsa lain bukan main lagi.

    ReplyDelete
  2. wei...
    AnonymousMay 20, 2016 at 1:05 PM

    hang pun juga dikatakan bangsa subsidi... jgn ludah ke langit kena muka sendiri...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..