Full Width CSS

Ambil Tahu Sikit Kisah KFA Tak Terima Tajaan D'Herbs


Segmen Terlajak Menulis Kenalah Terlajak Baca!

Hmmm malam ni pakat terlajak riuh pasai penajaan DHerbs. Sampai ada yg terlajak fitnah..tuduh macam2. Walhal depa sendiri taktau sebab sebenar kenapa pihak pengurusan KFA terpaksa menolak tajaan rm30 juta.

Sepatutnya..sementara tunggu penjelasan yg lebih terperinci tentang isu ni..kita guna la dulu logik akal yg Tuhan kurniakan kpd kita. Takkan la pihak pengurusan KFA SAJA2 nak tolak tajaan 30 juta DHerbs tu tanpa sebab yg munasabah?

Takkan la hanya Presiden sorang saja yg blh buat keputusan utk tolak penajaan DHerbs tersebut? Akai ada..guna laaaaa!
Hgpa tau dak..berapa PULUH syarat yg DHerbs letak kpd KFA? Sedangkan sebelum ini DHerbs kata depa takkan letak syarat apa pun..hanya nak taja saja!

Hgpa tau dak berapa puluh juta nilai tanah yg diminta itu? Adakah tanah itu milik KFA?

Itu baru sikit ja tu. Hgpa tunggu la penjelasan yg lebih terperinci nanti. Pastu ada org kata pulak..awat tak habaq satu per satu masa sidang media tadi? Kita org Kedah walaupun agak loklaq dan kasaq..tapi kita bukannya KURANG AJAQ.

KFA masih nak jaga ayaq muka DHerbs sebab tu sidang media tadi cuma habaq KFA tolak penajaan drp DHerbs atas sebab2 tertentu yg pihak KFA tak blh penuhi.

Ini bukan soal EGO atau SOMBONG! Ini juga bukan soal lawak SONTORIAN. Ini juga bukan soal nak politikkan bolasepak. Ini soal hak kita utk jaga kepentingan negeri kita. Jangan kita gadai maruah negeri hanya semata2 utk bolasepak.

Sedangkan selama ini KFA boleh survive tanpa penajaan drp DHerbs pun. Malah pernah gapai gelaran Double Treble.

Apa2 pun terima kasih byk la buat DHerbs. Dato Aliff seorang yg sangat baik. Mungkin ada pihak2 tertentu yg cuba ambil kesempatan utk pengaruhi beliau utk letakkan pelbagai syarat..Wallahualam!

Kepada peminat skuad Lang Merah..teruskan momentum sokongan kalian. Ini bukan kiamat bagi Lang Merah. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Siapa tahu lepas ni ada pihak lain yg lebih ikhlas mahu menaja team Kedah dgn jumlah yg lebih besar barangkali? In Sya Allah..kita doakannya!


Post a Comment

0 Comments