Full Width CSS

Kelewatan LRT #RapidKL Pada Kadar 0.3% - CEO #Prasarana @azmiaziz60


Perkhidmatan Transit Laju Ringan (LRT) kini berada pada tahap kecekapan 99.7 peratus dan Pasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan perkhidmatan itu sedang berusaha menambah baik lagi sistem berkenaan.

"Kami menghadapi kelewatan perkhidmatan kira-kira 0.3 peratus. Kami sedang berusaha menambah baiknya demi memenuhi tuntutan orang ramai," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Bercakap kepada BERNAMA di luar Perhimpunan Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa ke-16 di sini hari ini, Azmi berkata masalah itu adalah akibat kerja-kerja menaik taraf dengan mengintegrasi set-set baharu tren ke dalam sistem.

Sebagai contoh, katanya, bagi landasan Ampang, syarikat itu perlu menyelaras tren-tren baharu ke dalam laluan perkhidmatan sedia ada tanpa banyak gangguan.

Post a Comment

1 Comments

  1. 0.3% tu bagus ke atau tak bagus... Bagilah satu perbandingan seperti bandingkan Euro Train atau Amtrack di US atau London train atau Japanese train.... baru le betul.

    Baru 0.3% tu ada makna. Buang bores aje dapat gaji tinggi tapi bagi statement hampasss.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..