Full Width CSS

Pilot Terselamat Pesawat #TUDM Terhempas Di Pekan


Menurut kenyataan akhbar daripada TUDM memberitahu bahawa sebuah pesawat jenis Aermacchi MB339CM telah mengalami masalah teknikal semasa membuat latihan pada jam 12.54 tengah hari ini.

Kedua² juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat setelah berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal pesawat. Pihak TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan.




Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Seramai 11 orang anggota bomba dan JBPM terbabit dalam operasi berkenaan.


Post a Comment

0 Comments