Full Width CSS

#Vaksin : Islam Tekankan Penganutnya Menjaga Agama, Nyawa, Akal, Keturunan & Harta


Islam membolehkan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata Islam menekankan penganutnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, dan suntikan vaksin merupakan satu daripada cabang yang dibenarkan untuk menjaga kesihatan.

"Vaksin ini diharuskan (hukum) oleh Islam kerana ia merupakan satu daripada 'al-Wiqoyah' iaitu satu (kaedah) penjagaan (kesihatan) dalam Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Program Wacana Pendidikan Fatwa yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mazlan Abdullah di sini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini dilaporkan berkata kes dan wabak campak serta ruam meningkat di negara ini berikutan tentangan gerakan antivaksin yang menolak pemberian vaksin kerana khuatir ia mengandungi DNA khinzir.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata walaupun dakwaan mengatakan vaksin yang disuntik kepada kanak-kanak itu mengandungi barang terlarang, namun ia tetap dibolehkan jika kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

"Andai kata benar dakwaan itu dan pihak kerajaan tidak ada pilihan maka ia (suntikan vaksin) dibenarkan. Ia dipanggil keadaan darurat.

"Saya nasihatkan umat Islam supaya mengambilnya (suntikan vaksin) sebab imunisasi ini kita sudah ambil sekian lama, dan bukannya perkara baharu. Maka ia tiada masalah," katanya.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah memutuskan bahawa pemberian vaksin, sebagai satu usaha mengelakkan penyakit mudarat, hukumnya adalah harus.

Post a Comment

1 Comments

  1. JANGAN kita bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu diPERBODOHkan oleh PROPAGANDA PENIPU VAKSIN ZIONIS!! Ini bukan hanya pasal penggunaan BABI, tetapi Vaksin yang diDOMINASI syarikat2 ZIONIS juga menggunakan sel/organ/darah dari fetus bayi ("embryonic stem-cell industry") "yg. diBUNUH dari pengguguran anak (sbb itu puak ZIONIS amat GILA "ABORTION INDUSTRY") atau diBIAKkan dlm. MAKMAL,ANJING, KHINZIR, MNYET dsbnya! Di samping disyaki umat Islam untuk diMANDULkan!

    NYAMUK GENETIK Denggi juga disyaki digunakan sebagai SENJATA PERANG BIOLOGI "BIOWEAPON/BIOWARFARE" oleh PENGGANAS Zionis/Israel, yang mensasarkan genetik ETNIK tertentu (cthnya disyaki MAJORITI pesakit Denggi adalah dari BANGSA Bumiputera Islam/Melayu; kenapa pelancong ETNIK barat(dll cthnya TAK pula kena Dennggi ni)- lihat di - http://freedom-articles.toolsforfreedom.com/zika-virus-bioweapon-or-fake-pandemic/ , Zika – Latest Actor in the Fake Pandemic Play?, Zika is the latest health scare, Posted by Makia Freeman on February 5, 2016.

    Begitu juga kenyataan Kementerian Kesihatan menyalahkan dengan tuduhan palsu, bahawa gerakan anti-Vaksin, menyebabkan demam campak meningkat! Dan sekarang Kementerian Kesihatan mahu memaksa Vaksin Demam Campak ke atas anak-anak warga asing. Ini bukan sahaja DISKRIMINASI yang amat RASIS, tetapi juga disyaki anak-anak warga asing yang MISKIN, yang akan termasuk PELARIANmiskin Rohingya, mahu dijadikan seolah bahan EKSPERIMEN serta disyaki Vaksin ini boleh menyebabkan KEMANDULAN, di dalam agenda DEPOPULASI-ZIONIS untuk MENGURANGkan jumlah penduduk miskin dan dari etnik tertentu, yang amat mencurigakan dan merbahaya oleh sebahagian industri farmasi Barat gergasi, yang dikuasai puak ZIONIS, Empayar Rothschild (penubuh Israel), bersama rakan sekutunya yang semuanya pro-Israel, Bill Gates, George Soros dan Rockefeller. Bahkan Rothschild adalah pemegang saham besar syarikat SANFI, yang mahu mengeluarkan Vaksin Denggi, Dengvaxia, termasuk di Malaysia kita ini; lihat –
    di http://panafricannews.blogspot.my/2014/09/the-ebola-breakout-coincided-with-un.html - (kemudian pilih di bawah 9:41 AM - Pan-African News Wire) The Ebola Breakout Coincided With UN Vaccine Campaign, By Yoichi Shimatsu: Yoichi Shimatsu, a Thailand-based science writer, organized public-health seminars by leading Microbiologists and herbalists during the SARS outbreak in Hong Kong and the avian influenza crisis across South East Asia, Exclusive to Rense.com, 8-12-14; di http://www.fiercevaccines.com/r-d/sanofi-gates-foundation-and-idri-team-up-to-improve-vaccine-development-process , Sanofi, Gates Foundation and IDRI team up to improve vaccine development process, by Eric Sagonowsky, Oct 21, 2015; dan di http://www.thesundaytimes.co.uk/sto/news/world_news/article169829.ece , Billionaire club in bid to curb overpopulation: America's richest people meet to discuss ways of tackling a 'disastrous' environmental, social and industrial threat, John Harlow, Los Angeles , Published: 24 May 2009.



    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..