Full Width CSS

[Video] Pengembara Masa Rakam Perlawanan Tinju Mike Tyson Guna Telefon Berkamera?


Satu rakaman video yang memaparkan perlawanan petinju terkenal, Mike Tyson bersama Peter McNeeley pada 1995 berjaya merakam imej seorang penonton sedang menggunakan objek seakan-akan telefon bimbit kamera walaupun gajet sedemikian masih belum dikeluarkan ketika itu.

Portal Mirror.co.uk melaporkan, ketika video itu merakamkan aksi Tyson bersiap sedia untuk memulakan perlawanan, penonton tersebut yang duduk di barisan hadapan kelihatan sedang memegang objek seakan-akan telefon bimbit.
Rakaman video itu jelas menunjukkan lelaki tersebut merakamkan aksi Tyson di gelanggang dengan menggunakan gajet yang dipegangnya.

Perkara itu menimbulkan pelbagai teori konspirasi beberapa pihak kerana telefon bimbit kamera pertama hanya mula dikeluarkan pada tahun 2000.

Seorang penulis Mail Online, Jammy Bantam berkata, objek itu mempunyai lensa di tengah-tengah, sama seperti sebuah telefon bimbit.

“Saya tidak tahu sama ada orang itu pengembara masa atau pun tidak, tetapi tiada siapa mampu merungkai jenis kamera yang digunakannya,” kata Bantam.

Dalam pada itu, menurut pengendali blog ufosightingsdaily.com, Scott C. Waring, dia masih kurang pasti mengenai objek tersebut namun tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan ‘mengembara’ ke masa lampau.

“Lelaki itu adalah seorang pengembara masa yang datang ke zaman itu untuk melihat aksi pe­tinju kesukaannya.

“Telefon bimbit memang sudah dihasilkan pada tahun 1995, tetapi tidak dilengkapi kamera,” katanya.

Rakaman video itu dimuat naik di laman YouTube pada September tahun lalu, tetapi baru mendapat perhatian selepas orang ramai ingin mengetahui jawapan di sebalik kejadian aneh tersebut.

Post a Comment

0 Comments