Full Width CSS

Jangan Bajet² Macam Tuhan Nak Kritik Kerja Orang Lain @ZahidaZK #PRKSgBesar #SCS93


Gara² Puteri UMNO menyumbangkan sebuah basikal kepada mangsa kebakaran semalam, telah menyebabkan Kuala Lumpur hujan lebat kerana perbuatan tersebut tidak boleh diterima akal para netizen tegar yang menilai daripada posting yang telah dimuatnaik di laman Facebook.

Secara peribadi, saya telah membaca satu persatu posting di dalam timeline Facebook dan juga milik Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan. Ada yang memperli usaha Puteri, ada juga yang memberi persepsi kononnya Puteri UMNO kedekut nak menyumbangkan bantuan dan tidak kurang juga yang back up usaha mereka.


Malaslah nak sembang panjang. Berikut jawapan daripada tuan empunya badan yang terlibat semasa pemberian basikal kepada mangsa kebakaran. Meh baca dulu.


Saya fikir takkanlah sebagai manusia, si Puteri² UMNO ni tak mempunyai perasaan belas dan kasihan langsung kepada mangsa kebakaran dengan hanya menyumbangkan basikal sebagai ganti basikal yang telah terbakar sama sebelum ini. Gila lah sekiranya mereka hanya berbuat demikian saja kan. Kalau PAN, mungkin ya haha.

Jika kita sebagai pembaca mengikuti perkembangan semasa dan memahami isu² yang sedang bertebaran di sekeliling kita, maka kemungkinan besar tiada masalah untuk menghadam setiap satu² perkara, contohnya seperti hal basikal ni lah.

Pemberian basikal itu lebih mulia kerana dapat membantu mangsa bergerak ke sana sini melakukan pelbagai kegiatan daripada duduk depan henpon atau pc dan mencari salah orang tanpa mengeluarkan satu sen sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut.

Post a Comment

0 Comments