Full Width CSS

Siri II - Pulau Layang-Layang Kekal Milik Malaysia @f_kedaulatan


Dalam artikel siri kedua Pulau Layang-Layang sebelum ini, kita telah lihat sejauh mana kemampuan Malaysia menghadapi ancaman dan konflik di wilayah Asia Tenggara. Apakah kekuatan armada Malaysia dianggap sebagai satu kekuatan yang perlu dihormati . Namun apa yang penting untuk kita lebih tahu, selain dari menuntut hak negara apakah sebabnya negara-negara yang menuntut begitu keras dalam tuntutan mereka, sedangkan ada diantara negara tersebut terlalu jauh dari kepulauan tersebut.

Apa sebenarnya rahsia yang tersembunyi di kepulauan tersebut yang menjadi rebutan ?

Bagi memperkuatkan armada tentera Malaysia, pada Rancangan Pembangunan Malaysia ke Enam (1991- 1995) kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM6 juta untuk sektor pertahanan, sebahagiannya bagi membiayai kemampuan dan efisiensi pertahanan negara dalam mengawal dan menjaga EEZ.

Pada tahun 1993 peruntukan dana pertahanan meningkat menjadi RM8.4 juta dan mencapai RM9.2 juta pada akhir rancangan. Peruntukan dana pertahanan ini telah meningkat 53% dari peruntukan semua sektor. Pada Rancangan Pembangunan Ke Tujuh (1996-2000) sebanyak RM7 juta telah diperuntukan untuk sektor pertahanan tetapi secara aktual pengeluarannya mencapai RM9.5 juta, meningkat 35%.

Seterusnya pada Rancangan Pembangunan Malaysia Ke Delapan (2001-2005) diperuntukan RM8.7 Juta untuk sektor pertahanan. Perbelanjaan di sektor pertahanan seiringan dengan tren perkembangan di sektor ekonomi domestik. Antara tahun 1990 dan 1997 rata-rata pertumbuhan tahunan GDP adalah 8.7%. Dalam jangka waktu yang sama pengeluaran untuk sektor pertahanan melonjak dari RM4,9 juta menjadi RM8.9 juta. Kuantiti dan kualiti peralatan pertahanan dipertingkatkan. Ini termasuk pembelian pesawat Hawk, F/A -18D Hornet, MiG 29 dan C-130, kapal frigat dan korvet.


Namun pada tahun 1998 GDP turun menjadi -7.5%. Ini karena berlakunya krisis ekonomi. Hal ini juga tercermin dari turunnya pembelian sektor pertahanan menjadi RM7.2 juta. Ketika krisis ekonomi semakin pulih, pengadaan di sektor pertahanan meningkat. Pada 2001 Menteri Pertahanan Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa perbelanjaan di sektor pertahanan berada pada kisaran US$3 juta dan US$4 juta dalam usaha mempercanggih peralatan utama. Fokus utama adalah pembelian pertahanan udara dan laut.

Pertahan udara terdiri gabungan antara Amerika (F/A-18E/F Super Hornet) dan Russia (Sukhoi Su-30MK). Pertahanan laut ditujukan untuk membeli generasi baru kapal patrol kelas MEKO dan kapal selam .

FAKTOR kedua yang menjadikan kepulauan spratly ini termasuklah Pulau Layang-Layang menjadi rebutan adalah faktor ekonomi. Kepulauan Spratly dan wilayah laut di sekitarnya dipercaya amat kaya dengan sumber minyak dan gas bumi. Pada bulan Mei 1989, seorang geologi China menyediakan satu laporan penelitian yang dibuat oleh Kementerian Geologi dan Sumber Mineral China yang menunjukkan bahawa kandungan minyak di wilayah ini mencapai 130 juta barrel. Jumlah ini dapat dibandingkan dengan 112 juta barel di Iraq yang merupakan peringkat kedua dari cadangan minyak kedua setelah Arab Saudi. China juga mengestimasi wilayah ini mengandungi 2000 trilion padu rizab gas alam.

Oleh sebab itu China menganggap Kepulauan Spratly dan Laut China Selatan sebagai “Teluk Persia Kedua”. Walaupun demikian, kewujudan jumlah sumber-sumber alam dikawasan tersebut masih belum diketahui secara tepat. Pada tahun 1995, Institut Penelitian Geologi untuk Luar Negeri Rusia mengestimasi bahawa wilayah Spratly hanya mempunyai kandungan 6 sampai 7.5 juta barel minyak dan 70% diantaranya adalah gas alam.

Satu kajian yang dilakukan syarikat Norway TGS Nopec mengatakan bahawa dikawasan Spratly kemungkinan mengandungi hidrokarbon yang cukup besar. Sejauh mana besar kandungan hidrokarbonnya secara tepat perlu dibuktikan dengan menggerudi dasar laut. Sayangnya, banyak kesukaran untuk mengerudi karena faktor resiko geologi dan perbalahan kedaulatan di wilayah tersebut.

Selain minyak dan gas, Kepulauan Spartly juga kaya akan guano dan fosfat. Dewan Perniagaan dan Industri Jerman pernah melaporkan pada tahun 2002 bahawa Kepulauan Spratly amat kaya dengan mangaan, tembaga, kobalt dan nikel. Bila dilihat dari sudut geografis pulau-pulau yang dituntut oleh Malaysia ini ianya amat berdekatan dengan Brunei dimana Brunei adalah penghasil minyak, maka pulau-pulau ini diyakini mengandung potensi minyak dan gas bumi.


Sejak 1970 pengeluaran migas lepas pantai di semananjung, Sabah dan Serawak menjadi pendapatan utama bagi Malaysia meningkat secara signifikan. Tahun 1980 minyak dan gas bumi telah mengambil alih komoditi getah sebagai eksport utama Malaysia. Tahun 1995 sektor minyak dan gas bumi ini mencapai 33% pendapatan kerajaan. Selain dari sumber daya mineral, pulau-pulau yang dituntut Malaysia bersama wilayah lautnya merupakan kawasan yang kaya dengnan pelbagai jenis hidupan laut. Wilayah ini merupakan kawasan tangkapan ikan yang dapat membekalkan sumber protein rakyat Malaysia.

Wilayah lautnya pun mempunyai keindahan akan biota laut kerana terdapat pelbagai terumbu karang. Oleh kerana itu, kawasan ini menjadi tarikan eko-pelancongan di Malaysia dan bahkan terkenal di dunia. Melindungi kepentingan laut merupakan sumbangan utama terhadap terwujudnya wawasan 2020. Pada tahun 1990, sektor marin memberi sumbangan 33 juta ringgit atau 13% dari jumlah keseluruhan output Malaysia. Sektor marin ini terdiri daripada subsektor perkapalan, pengeluaran minyak dan gas bumi, dan perikanan. Kemudian beberapa tahun kebelakangan sektor marin diperkayakan dengan subsektor ekopelancongan laut, rekreasi dan pemprosesan makanan laut. Malaysia kemudian membina pertahanan di sekitar pulau-pulau yang diklaimnya tersebut untuk melindungi kepentingan ekonominya dan integriti wilayah.

Di lokasi tersebut, Malaysia membina pangkalan tentera di ujung timur Pulau Terumbu Layang-Layang sebagai pos induk di kawasan Kepulauan Spratly Selatan sekaligus dermaga untuk kepentingan pelancongan. Pada tahun 1983 Malaysia meletakkan Pasukan Khas Laut-nya di Pulau Terumbu Layang-Layang. Pada tahun 1985, kemudahan ketenteraan ditambah sehingga membolehkan menjadi markas untuk pasukan pertahanan udara.

Kajian komunikasi politik dalam kes ini lebih bermuatan kajian mengenai dasar iaitu kajian mengenai tujuan dari dasar, bagaimana proses dasar itu diambil, siapa yang mempunyai inisiatif terhadap pengambilan keputusan yang kemudian menjadi dasar, bagaimana dasar itu dilaksanakan dan bagaimana dasar tersebut disampaikan. Tujuan dari tuntutan Malaysia terhadap Pulau Terumbu Layang-Layang adalah untuk keberlangsungan kewujudan Malaysia sebagai suatu negara. Kesinambungan (survival) ini berangkat dari dimensi keselamatan, integriti wilayah, ekonomi dan martabat (kedudukan) nasional.

Ada dua sebab yang membenarkan tuntutan Malaysia terhadap Pulau Terumbu Layang-Layang.
(1) Pulau Terumbu Layang-Layang berada di landas kontinen Pulau Kalimantan milik Malaysia.
(2) Pulau ini masih berada dalam jangkauan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

Dua sebab inilah yang dipergunakan Malaysia untuk meyakinkan dunia antarabangsa bahawa pulau tersebut adalah miliknya. Cara untuk menyampaikan dasar tuntutan Pulau Terumbu Layang-Layang adalah meletakan Pulau tersebut dalam peta rasmi pada tahun 1979 dengan nama Peta Baru. Pada Peta Baru tersebut terlihat jelas kedudukan Pulau Terumbu Layang-Layang dan gugusan Kepulauan Spratly bahagian selatan yang masuk dalam wilayah Malaysia. Berdasarkan Peta Baru yang disiarkan terbuka ini kemudian dibuat peraturan-peraturan kerajaan yang lebih terperinci misalnya tentang ketentuan ZEE.

Pengambilan keputusan untuk suatu dasar dilakukan oleh kerajaan. Di dalam tubuh kerajaan ada beberapa agen yang memainkan peranan dalam pengambilan keputusan. Agen-agen tersebut adalah Pejabat Perdana Menteri dan Bahagian Keselamatan Negara (National Security Division / NSD), Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pertahanan (Ministry of Defence / MINDEF) serta lembaga pengkajian strategik seperti Institute of Strategic and International Studies (ISIS) dan Malaysian Institute of Maritime Affairs (MIMA).

Bagi kes Pulau Terumbu Layang-Layang, inisiatif dan pengambilan keputusan dilakukan oleh Pejabat Perdana Menteri. Perdana Menteri sebagai kuasa tertinggi dalam membuat keputusan dasar. Walaubagaimanapun, inisiatif dan cadangan boleh datang dari agensi di bawahnya terutama ÑŠÐ, suatu badan yang diketuai oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan pegawai tinggi, antaranya Menteri Luar Negeri, Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.


Apabila suatu keputusan telah diambil, maka keputusan tersebut dilaksanakan oleh agensi yang berada di bawahnya. Berkaitan dengan tuntutan Pulau terumbu Layang-Layang, Jabatan Pertahanan menempatkan kemudahan tentera dan pasukan di pulau tersebut, sedangkan Kementerian Luar Negeri akan menangani protes yang akan dilancarkan oleh negara tetangga akibat keputusan tersebut. Hal yang lebih penting adalah penerbitan dari keputusan tersebut.

Hal ini tidak sukar dilakukan kerana kerajaan masih memegang kawalan terhadap media massa. Apa yang dilakukan oleh kerajaan hanyalah mempromosikan Pulau Layang-Layang secara minima. Lembaga-lembaga pengkajian swasta seperti ISIS dan MIMA mempunyai peranan penting dalam pembuatan keputusan terutama dalam analisaanalisis mereka sebelum keputusan diambil.

Selain pusat media massa, keputusan yang diambil diterjemahkan dalam bentuk peta maupun peraturan perundang-undangan yang dilakukan oleh birokrat sehingga seluruh birokrat dianggap mengetahui. Secara demikian, ketika keputusan diambil pada tahap tertinggi maka tahap di bawahnya akan automatik mensosialisasi dan melaksanakannya. Malaysia memandang penting penguasaan fizikal terhadap wilayah yang dituntut dan tidak berhenti ketika pembuatan peta dan pengambilan keputusan selesai. Penguasaan fizikal dalam bentuk pembangunan prasarana dan sarana ketenteraan adalah amat bermanfaat untuk menjadi nilai tambah dalam mencetus pendapat orang ramai sekaligus menjadi kuasa penggentar bagi negara-negara yang cuba mempersengeketakan pemilikan pulau tersebut.

Kesimpulannya salah satu masalah kritikal yang dihadapi oleh suatu negara adalah ketika negara tersebut mendakwa suatu wilayah yang kebetulan wilayah tersebut juga dituntut oleh negara lain. Menghadapi kes tuntutan Pulau Terumbu Layang-Layang, Malaysia menggunakan pelbagai strategi komunikasi politik untuk membenarkan alasan tuntutan tersebut. Malaysia menggunakan jalur birokrasi misalnya dalam menerbitkan peta dan peraturan undang-undang lain, menggunakan media massa dan yang lebih penting adalah penguasaan fizikal pulau tersebut dengan membangunan pelbagai kemudahan terutama kemudahan eko-pelancongan dan tentera.

Ciri-ciri eko-pelancongan untuk menambah daya tarik pelancong asing dan sekaligus membina pendapat umum bahawa Pulau Terumbu Layang-Layang adalah milik Malaysia. Ciri-ciri tentera ditujukan untuk kuasa penggentar bagi negara lain yang akan cuba mempersengketakan pemilikan pulau ini. Sengketa pemilikan Pulau Layang-Layang dan kepulauan Spratly ini tidak pernah surut. Kebijaksanaan pemerintah Malaysia hari ini berjaya memastikan kedaulatan wilayah Pulau Layang-Layang kekal milik kita.



Post a Comment

0 Comments