Full Width CSS

[Video] Tangkap Leleh Pemergian Tren LRT #RapidKL Nadi Warga Kota Kuala Lumpur @AzmiAziz60


Pihak RapidKL telah memulakan operasi membawa keluar tren² lama daripada depoh Ampang untuk memberi laluan sepenuhnya penggunaan tren baru bagi aliran Sentul - Putra Heights ini. 

Video ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang merupakan pengguna perkhidmatan LRT #RapidKL.

Antaranya seperti di bawah ini ;











Rata² netizen berkongsi pengalaman suka dan duka mereka menggunakan perkhidmatan LRT Ampang Line ini melalui ruangan komen selepas menonton video proses memindahkan dan membawa keluar tren daripada depoh Ampang.

Saya sendiri sebagai pengguna LRT turut merasai detik kenangan bersama tren ini. Pertama kali menaiki semasa ke pembukaan gilang gemilang Stadium Nasional Bukit Jalil. Turut berpeluang menggunakan khidmat tren ini saban minggu ke pusat tuisyen yang terletak di Pudu. Begitu juga menjadikan tren sebagai pengangkutan utama keluar ke pusat² membeli belah. Adakalanya ketika malas membawa kereta masuk ke pusat bandar, LRT adalah pilihan utama ketika itu dan hingga kini.

Jom tonton video yang telah dikongsi ribuan netizen di laman Facebook mulai hari ini.

Post a Comment

0 Comments