Full Width CSS

Posting Viral Abam Technician #RapidKL Berkenaan Hal Tren Rosak Semalam


Berikutan isu tren LRT aliran Kelana Jaya yang terngendala pagi semalam membuatkan seorang juruteknik RapidKL berkongsi pendapat mengenai hal tersebut di Facebook miliknya.

Mungkin spekulasi dan persepsi yang bertebaran kalangan orang ramai akan terjawab.


Pagi semalam ada technical glitch kt LRT kelana Jaya line ekk...? Ramai yg mengeluh psl service LRT KJ line smlm... Kt FB melambak2 komen + complain drp LRT user.. Mana taknya, train delay mean masuk office pn lewat la jawabnya... Ada jugak yg menyatakan x puas hati bila customer kena berjalan di sebelah rail track. Mcm2 teori keluar drp si bijak pandai padahal ada antara mereka yg x penah or baru skali dua je naik train tu... Mehh sini abam nk share info sikit...

1. Tak bahaya ke jalan kt atas rail tu..?? Jawapan : Tidak... Sebab platform tu mmg dibina utk tujuan "rescue train" sekiranya berlaku emergency. Platform tu digunakan oleh pihak maintenance and operation kalau2 diorg kena menapak drp stesen terdekat utk rescue train + customer bila sesebuah train tu stranded kt tgh2 track tu.. Selamat ke tak? Kalau korang ikut instructions drp staff bertugas, Insya Allah selamat... Kalau sambil berjalan kt atas track tu korang siap selpie bagai, record video bagai, tu aku tak berani nk cakap laa ttg risiko...

2. Ehhh... Platform je selamat, tapi elektrik macam mana.. Kang x pasal2 kena electrical shock bila berjalan atas platform tu.. : Jawapan : Biasanya, staff yg dibenarkan utk berjalan di kawasan track sudah dilatih berkali2 sebelum diorg dipertanggungjawabkan utk proses "rescue" ni.. Dan normally sebelum customers diarahkan utk mengosongkan train, proses "power protection" akan diambil... Ada 3 level protection and Insya Allah selagi korang ikut instructions drp staff yg terlatih, possibile risk tu akan dpt dikurangkan...

3. Kenapa kena kosongkan train jugak, tak boleh ke stay dalam train je and tunggu sampai semuanya selesai. Macam bahaya je nak kosongkan train bagai : Jawapan : Biasanya masalah teknikal yang berlaku akan mengambil masa lebih kurang 15minit untuk recover semua.. Minimum..!! And adakalanya ambil masa lebih drp 2jam... So untuk mengelakkan customer dok lama2 sambil berimaginasi yang macam2, alternatif plan pun diambil. Psikologi customer biasanya akan berasa risau, tertanya2, and mcm2 spekulasi + teori akab timbul. Train x gerak 10minit, dh start fikir macam2... Kalau sejam, and tanpa ada staff bertugas dlm train tu, rasanya mesti ada yg perasan heroic and ambil langkah utk pecahkan pintu or tingkap konon2 untuk pergi panggil rescue team mcm dlm movie tu... Please don't do such thing.. Risau ada yg jadi BBQ express je sbb assuming power is always ON sehinggalah ada staff bertugas yg boleh verify power dh de-energized..So langkah terbaik utk atasi perasaan korang tu is make sure yg korang sampai di stesen terdekat dgn apa cara sekalipun asalkan langkah2 selamat dah dipatuhi..

Apapun, aku mintak jasa baik saudara/saudari pengguna LRT seandainya berlaku apa2 kecemasan, please jangan ambil tindakan sendiri sbb setiap action tu pasti ada akibat yg kita tak tau. Tolong bagi kerjasama sebab saya percaya takde seorang pun yang seronok + suka bila ada emergency camni. Sebolehnya kawal perasaan marah anda and jangan dok maki staff2 yg terlibat dlm proses rescue tu. Mereka juga manusia, yang tak pernah nak mendoakan supaya kejadian emergency camni berlaku.. Mereka maybe bukan "SuperHero" tapi khidmat dan jasa mereka kalaupun anda tak boleh hargai, jangan kutuk or maki.. Itu dah cukup... Tolong bertimbangrasa dan bagi kerjasama sebaik mungkin...

Semoga perkongsian saya memberi manfaat pada saudara/saudari.. Kalau ditanya ttg tahap keselamatan LRT kita, saya masih boleh katakan yang ianya selamat. I've seen worse... Trust me...

Macam mana saya tau? 13 tahun dalam bidang rail industry byk membuka mata + mengajar saya tentang semua ni... Byk ilmu yg saya dapat sepanjang bekerja di Putra LRT satu masa dulu... Pada kawan2 yg masih menabur bakti, you're my hero... Take your time..

"No job is so urgent that time cannot be taken to perform it safely"


Post a Comment

0 Comments