Full Width CSS

Rakyat Korea Utara Ke Malaysia Akan Dikenakan Visa Mulai Isnin 6 Mac 2017


Berkuatkuasa Isnin ini, semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia dikenakan visa, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan yang akan diwartakan segera itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan.
"Diharap langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen demi keselamatan negara," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDN, hari ini.

Post a Comment

0 Comments