Full Width CSS

Ketua AMK PKR Ampang Dilanjutkan Tahanan Reman Rasuah


Tempoh reman Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah dilanjutkan empat hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman terhadapnya sehingga 22 April ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Adam Rosly, 29, ditahan untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Terdahulu, beliau dibawa ke mahkamah pada 9.18 pagi oleh pegawai SPRM dan dilihat memakai baju lokap warna jingga manakala tangannya bergari.

Pada 10 Februari lalu, SPRM merakam keterangan suspek berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM selepas datang untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.

Padan Muka!

Post a Comment

0 Comments