Full Width CSS

Lim Guan Eng Salah Guna Kuasa Luluskan CCC Tanpa Kebenaran Bomba


Susulan berita pengubahsuaian bangunan The Top @Komtar yang disiarkan 6 Mei lalu dan dimainkan dalam media sosial Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan kelulusan segera Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) fasa 3 tanpa pemeriksaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Sebelum ini sebuah blog melaporkan projek fasa 3 Komtar yang menjadi pusat kunjungan orang ramai belum mendapat sijil perakuan siap sejak 4 bulan lalu.
“Paling menakutkan ialah kawasan tarikan awam Taman Komtar (Fasa 3), pawagam dome 7 dimensi, Taman Tema Dunia Jurasik serta kemudahan lain di Aras 5 yang belum ada CCC hingga kini dan terus dibuka kepada awam sejak 18 Disember 2016. Kata blog itu.

Menurut sumber kontraktor diarahkan untuk terus mendapat kelulusan CCC atas arahan Lim Guan Eng kepada MBPP dan PDC. Tidak boleh dipersoalkan. Semua CCC yang diluluskan diletakkan tarikh awal bulan atau ke belakang (back date) sebagaimana fasa 2 seolah-olah permohonan itu dilakukan lebih awal.

” Pihak kontraktor, Dato’ Sri Richard Koh pengasas OWG, MBPP dan PDC tidak boleh membuat penipuan kerana dokumen tarikh permohonan dan kelulusan dokumen jelas membuktikan kerja-kerja naiktaraf bangunan tidak mempunyai CCC sejak 18 disember 2016 ketika ia dilancarkan. Ia jelas melanggar peraturan.” kata seorang sumber yang tidak mahu namanya disiarkan.

Baca lagi : Malaysia Propaganda

Post a Comment

0 Comments