Tuesday, June 13, 2017

Jom Pengguna #RapidKL Tukar Kad Konsesi #TouchNGo @prasaranaCEO @MyRapidKL


Seperti diumumkan oleh pihak RapidKL bahawa pengguna / pemegang kad MyRapid bagi perkhidmatan rel dan bas disarankan menukar kad MyRapid semasa mereka kepada kad baharu untuk penggunaan yang lebih baik & lancar di kemudian hari memandangkan sistem tiket telah dinaiktaraf.


Kad pun dah nampak lebih cantik dan ceria dari sebelum ini. 

So mulai 16 Julai 2017 semua pemegang kad MyRapid awam, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar tidak boleh menggunakan kad semasa (seperti dalam gambar di bawah) bagi perkhidmatan rel dan bas. Atau dalam erti kata lain, kad tu dah tak valid untuk digunakan sebab orang dah suruh tukar, kau tak nak tukar gak. Nak menyesal pun dah tak berguna hehe.



Oleh itu, meh baca dan fahamkan sikit perkara² yang kita perlu tahu sebagai pemegang kad MyRapid.

Bila Boleh Tukar Kad?

Proses pertukaran kad ini akan dijalankan selama sebulan ;
15 Jun 2017 (Khamis) sehingga 15 Julai 2017 (Sabtu).

Kat Mana Pula Nak Tukar Kad Ni?



Boleh Tak Saya Nak Tukar Kad MyRapid Di Stesen MRT?


Tak boleh.

Saya Ada 7 Kad MyRapid, Boleh Ker Nak Pindahkan Baki Kad Ke Dalam Kad MyRapid TnG Baharu Tu?

Tak boleh, proses ini adalah pertukaran one-to-one.

Saya Pengguna Perkhidmatan Bas RapidKL, Nak Tukar Kad Di Mana?

Hub bas RapidKL tidak menyediakan perkhidmatan penukaran kad MyRapid TnG. Bagaimanapun boleh jer pergi ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan RapidKL LRT, Monorel dan BRT berhampiran (kecuali stesen LRT Abdullah Hukum).

Ada Tak Caj Terselindung Atau Percuma Jer Nak Tukar Kad Ni?

Proses pertukaran kad MyRapid TnG ini adalah PERCUMA dan semua baki di dalam kad lama akan dipindahkan ke kad baharu dengan syarat mesti mempunyai sekurang²nya baki RM5 di dalam kad tersebut (lama). Jika tak cukup baki, kena reload dulu then baru boleh teruskan dengan proses pertukaran kad.

Perlu Ker Saya Bawa Dokumen² Tertentu Untuk Tujuan Ini?

Tak perlu, hanya perlu bawa kad konsesi semasa ke kaunter untuk proses pertukaran. Untuk pelajar, perlu pastikan tempoh konsesi kad tersebut belum tamat tempoh.

Alamak Baru Perasan, Kad MyRapid Pelajar Saya Dah Tamat Tempoh !

Jangan panik dan mohon bernafas seperti biasa. Yang penting hanya perlu bawa dokumen seperti permohonan kali pertama kad konsesi tersebut ;

1. Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
* Bawa Mykad dan salinannya untuk tujuan pengesahan.

2. Pelajar Kolej & Universiti
* Bawa Mykad / Pasport dan salinannya
* Bawa Kad Pelajar dan salinannya
* Bawa Surat Pengesahan Pelajar (tarikh tidak kurang 3 bulan) - surat tawaran melanjutkan pengajian, dorang tidak diterima.
* Tempoh belajar melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan dan ianya perlu dinyatakan di dalam Surat Pengesahan Pelajar.


Saya Usha² Dalam Wallet & Poket, Rupanya Kad MyRapid Dah Hilang, Macam Mana Pula? 

Salam takziah diucapkan tapi korang masih layak untuk membuat pertukaran kepada kad MyRapid TnG baharu. Perlu laporkan kehilangan kad kepada Pusat Perhubungan Pelanggan - 03 7885 2525 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my


Ada Ker Caj Tambahan Reload Kad Touch N Go?

Kad Touch N Go dan MyRapid TnG ini boleh reload di semua Kaunter Perkhidmatan Pelanggan RapidKL (kecuali di stesen LRT Abdullah Hukum). Sebanyak RM0.50 caj yang akan dikenakan untuk setiap transaksi reload (minimum amoun sebanyak RM10 di kaunter).

Adakah Kad Touch N Go Baharu Ini Boleh Digunakan Untuk Tujuan Lain Seperti Membayar Tol, Parking Dan Sebagainya?

Boleh jer. Kad MyRapid TnG baharu ini menawarkan fungsi yang sama seperti kad Touch N Go biasa. Ini adalah salah satu ciri² untuk memudahkan orang ramai memiliki satu kad untuk pelbagai fungsi.

Saya Tak Pernah Ada Kad MyRapid Tapi Nak Beli Baru, Boleh Ker?

Ya boleh. Korang boleh beli kad MyRapid TnG yang baharu ini semasa tempoh pertukaran kad ini dijalankan dengan harga RM15 (RM5.50 harga kad + RM9.50 baki dalam kad). Boleh didapati di ;

Aliran Kelana Jaya : Masjid Jamek & SS15
Aliran Ampang / Sri Petaling : Hang Tuah & Bandar Tasik Selatan
Aliran Monorail : Imbi
BRT Sunway : Sun U Monash

Selepas 15 Julai 2017, korang boleh dapatkan kad MyRapid TnG di semua stesen LRT, Monorel dan BRT.


Kalau Tukar Kad MyRapid TnG Baharu Ini, Boleh Ker Saya Nikmati Flat Rate Parking Di Gombak & Ampang?

Ya masih boleh. Korang masih boleh terus nikmati flat rate di tempat parkir Park & Ride bila korang menggunakan perkhidmatan LRT, Monorel atau BRT.

Untuk info, parkir Park & Ride di stesen LRT Ampang masih lagi dibuka secara percuma kepada pengguna sehingga bulan September 2017.

Saya Ada Soalan Nak Tanya Lagi Ni, Kat Mana Saya Boleh Rujuk?

Sila klik SINI untuk ke laman web rasmi MyRapid.

Tak sabar nak tunggu 15 Jun 2017, nak tukar kad MyRapid TnG baharu.





Sila kongsikan info ini jika anda merasakan ianya berguna kepada orang lain.

2 comments:

  1. Dah berapa kali rapid ni tukar kad ..yg lepas2 siap charge pengguna lagi. Bayangkan berapa juta pembekal kad yg tak berkualiti ni akan untung setiap kali pertukaran kad. Tidak mustahil kad ini akan ditukar lagi tahun depan demi memenuhkan poket sekumpulan orang.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...