Full Width CSS

Kini Malaysia Telah Ada Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak #thumbsup #NegaraKu #BetterNation


Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang akan dilancarkan Khamis ini membuktikan keprihatinan kerajaan membanteras penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak serta melindungi mereka secara holistik.

Pelancaran mahkamah itu di pusat pentadbiran kerajaan, Putrajaya, dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kewujudan mahkamah itu juga selaras dengan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 yang diluluskan di Parlimen, April lepas.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan sebanyak 5,779 kes penderaan seksual kanak-kanak direkodkan dari 2010 hingga 2015 dengan purata kes sebanyak 963 kes setahun.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula merekodkan 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii melibatkan mangsa di bawah 18 tahun bagi tempoh 2015 dan 2016.

Negara sebelum ini juga digemparkan dengan isu pedofilia apabila seorang jurufoto bebas warga British, Richard Huckle dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London pada 6 Jun lepas, kerana kesalahan pencabulan seksual terhadap 23 kanak-kanak di Malaysia serta bayi dan kanak-kanak di Kemboja dalam tempoh hampir satu dekad.

Penubuhan mahkamah itu pasti melegakan keresahan banyak pihak yang mahukan penguatkuasaan dan perlindungan yang berkesan terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual.

Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata sebagai badan yang terlibat dalam pasukan petugas khas itu, harapan utama NCWO untuk melihat ibu bapa atau penjaga yang sebelum ini kurang berminat untuk meneruskan pendakwaan kes melibatkan anak-anak mereka untuk tampil memperjuangkan keadilan.

Beliau berkata NCWO berharap semua kes yang dibawa ke mahkamah itu akan dapat diselesaikan dalam masa setahun atau lebih cepat dari itu bagi menyemai keyakinan dalam diri ibu bapa dan penjaga bahawa institusi kehakiman tersebut komited membela nasib anak mereka.

Dalam pada itu, katanya kempen kesedaran agar masyarakat membuka mata mengenai jenayah seksual kanak-kanak juga perlu seiring dengan penubuhan mahkamah itu.

Post a Comment

0 Comments