Full Width CSS

Mengapa Pemuda-Pemuda Ini Bertindak Mengecat Jalan Sendiri? #WilayahPrihatin #BetterNation


Dek mungkin kerana menunggu terlalu lama respon atau tindakbalas daripada pihak sepatutnya iaitu Kontraktor yang bertanggungjawab melunaskan baki penyelenggaraan jalan raya di sekitar kawasan parlimen Setiawangsa, Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa ini nekad mengambil tindakan sendiri mengecat jalan raya.



Difahamkan tindakan awal mengecat bonggol-bonggol jalan di sini dibuat atas dasar keprihatinan dan menyedari akan risiko yang dihadapi pengguna jalan raya ini terutama penunggang motosikal yang mungkin akan tergolek dan cedera terjatuh kerana tak perasan terdapat bonggol di laluan tersebut.

Kontraktor yang dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah mereka yang bertanggungjawab sepatutnya mengecat bonggol dan bahu jalan setelah kerja-kerja penurapan jalan raya selesai dijalankan di sini. 


Barangkali tindakan ini tidak disenangi oleh pihak berkuasa tempatan tetapi bagi Pemuda UMNO Setiawangsa, mereka amat berharap tiada kemalangan jiwa berlaku dek kerana kelewatan pihak berwajib menyelesaikan kerja-kerja sepatutnya. 

Nasib baik juga lah budak-budak Pemuda ni reti juga mengecat jalan raya. Nampak kemas walaupun buat dalam keadaan tergesa² pada waktu malam.

Tahniah dan syabas Pemuda UMNO Setiawangsa.
Semoga usaha kecil ini, memanfaatkan banyak pihak terutama Abam² Motor.

Post a Comment

0 Comments