Full Width CSS

Ringgit matawang terbaik Asia berbanding US Dollar untuk suku ke-2 (April - Jun 2017)


Ringgit meningkat hampir 3% berbanding US Dollar sepanjang suku ke-2 2017, iaitu tertinggi berbanding matawang Asia yang lain seperti Yuan, Baht, Singapore Dollar, Rupee, Rupiah dan lain-lain.

Setelah 2 tahun berturut-turut digelar sebagai the worst currency in Asia akibat daripada kejatuhan harga minyak global, Federal Reserve yang menaikkan kadar faedah dan kejatuhan matawang China, Yuan Renminbi kini Ringgit mula kekal stabil dan meningkat semula secara perlahan-lahan.
Kenaikan Ringgit sepertimana kejatuhannya sejak beberapa tahun lepas disumbang oleh faktor luaran seperti US Dollar yang menyusut selepas pasaran menjangka janji-janji pilihanraya yang dibuat Donald Trump agak sukar untuk dilaksanakan, ekonomi dan pasaran kewangan China yang semakin stabil dan juga permintaan global yang meningkat yang merancakkan semula perdagangan luar (eksport dan import) Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212760557226789&id=1173231958

Kenaikan Ringgit tahun ini juga disumbang oleh faktor dalaman seperti langkah-langkah Bank Negara Malaysia yang mengekang spekulasi ke atas Ringgit melalui offshore NDF market akhir tahun lepas dan juga kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mula meningkat naik (pertumbuhan 5.6% pada suku pertama 2017).

Walaubagaimanapun, Ringgit boleh menyusut semula berbanding US Dollar di masa hadapan sekiranya harga minyak mentah global tiba-tiba jatuh ke paras yang lebih rendah (contohnya bawah $40 setong), Federal Reserve meningkatkan kadar faedah terlalu cepat atau ekonomi dan pasaran kewangan China kembali tidak stabil. Semua faktor luaran ini adalah diluar kawalan sesiapa termasuk kerajaan Malaysia.

Apapun, Ringgit adalah matawang terbaik Asia untuk 3 bulan terakhir kebelakangan ini dan ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal.

Mesti ada yang akan cakap USD/MYR masih di atas 4.00. Jadi Ringgit masih lemah. Betul, USD/MYR masih melebihi paras 4.00. Selagi harga minyak di lingkungan $45 -$55 seperti sekarang, Ringgit akan kekal berada di atas paras 4.00. Apabila harga minyak mentah dunia kembali kepada paras $80 ke atas atau mencecah $100 per barrel barulah Ringgit boleh kembali ke paras seperti dahulu di bawah 4.00 berbanding US Dollar.

Yang penting Ringgit semakin stabil dan meningkat secara perlahan-lahan dan tidak lagi boleh dispekulasi oleh spekulator pasaran menggunakan instrumen yang tidak sah seperti offshore NDF.

Tak ramai nampaknya share berita Ringgit matawang terbaik Asia sepertimana ramai yang share Ringgit matawang terburuk Asia tahun-tahun lepas.

Saya masih ingat ada yang kata Ringgit dah tak laku, Ringgit sama macam kertas jamban, Ringgit has gone to the dogs dan sebagainya. Saya masih juga ingat Tony Pua, Rafizi, Syed Saddiq dan lain-lain menghentam kerajaan siang malam tentang Ringgit dengan menyalahkan 1MDB.

Soalan saya kepada mereka, sekarang Ringgit adalah matawang terbaik Asia, adakah isu 1MDB sudah dikira selesai? Kalau dulu Ringgit jatuh disebabkan 1MDB, ikut logik mereka, Ringgit naik sebab 1MDB jugak la kan?

Rujukan:

The Ringgit Is Easily Asia's Strongest Currency - Bloomberg https://bloom.bg/2s3bCVF

Post a Comment

0 Comments