Full Width CSS

[Video] PM Lancar Siaran Digital #MyFreeView 15 Saluran Percuma

Image result for najib mytv


Sejarah dunia penyiaran tercipta hari ini. Migrasi siaran analog ke digital melangkah setapak lagi, melalui pelancaran siaran digital percuma "myFreeview", oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dibangunkan dibawah projek Televisyen Terestrial Digital, (DTT), ia menyaksikan 15 saluran TV dan radio bakal disiarkan dalam jaluran spektrum yang sama.

Imisiatif Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia itu, sejajar penutupan siaran analog pada Jun tahun depan.

Keseluruhannya, sebanyak 4.2 juta dekoder percuma bakal diberikan kepada semua Isi rumah dibawah Bantuan Rakyat Satu Malaysia, (BR1M).

Post a Comment

0 Comments