Full Width CSS

Mahathir Tidak Buat Apa-Apa Walaupun Bank Negara Rugi Besar?


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diadakan bagi menyiasat kerugian besar yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) susulan urus niaga matawang asing (Forex) sekitar awal 90-an telah dimaklumkan bahawa Mahathir, yang ketika itu adalah Perdana Menteri, tidak melakukan apa-apa selepas mengetahui mengenai kerugian tersebut.

Ia didedahkan oleh Anwar Ibrahim ketika beliau dipanggil sebagai saksi ke-21 suruhanjaya berkenaan. Ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Mengejutkan kerana sebagai Perdana Menteri, Mahathir tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan walaupun dimaklumkan dengan kerugian itu.

Sebagai seorang yang berkuasa di Malaysia ketika itu, tidakkah beliau melihat kerugian hingga RM31.5 bilion ringgit itu sebagai sesuatu yang besar?

Ini yang peliknya kerana Mahathir macam tidak kisah dengan kerugian yang dialami oleh negara itu.

Individu yang memaklumkan kepada beliau pula, bukan calang-calang orang sebaliknya adalah ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Clifford Francis Herbert yang sudah tentu tahu mengenai apa yang berlaku dalam kes berkenaan.

"Selepas diberi penerangan Dr Mahathir menjawab kadang-kadang kita untung, kadang-kadang kita rugi," kata Herbert ketika memberikan keterangan pada RCI itu.

Ketika ditanya mengenai reaksi Mahathir, Herbert menjawab, beliau menjangkakan perdana menteri terbabit akan berang.

Sebaliknya sangkaan Herbert salah kerana Mahathir kelihatan agak normal. Buat tidak kisah pun.

Dalam kes kerugian besar Forex ini, Mahathir boleh berdiam diri tetapi dalam kes syarikat 1MDB, beliau begitu beria-ia sekali hingga sanggup "mencium" mulut dengan pembangkang semata-mata kerana mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tuduha orang curi duit dan macam macam lagi. 1MDB berhutang lah dan bermacam macam lagi. Zaman dia, lesap sampai RM32 billion, dia buat bodoh sahaja.

Mahathir tidak arahkan pun untuk hentikan urusniaga mata wang itu biarpun dimaklumkan ianya rugi puluhan billion.

Sudah dua kali Mahathir datang ke RCI ini, termasuk semalam ketika Anwar memberikan keterangan. Mungkin beliau mahu mendengar apa yang diperkatakan oleh Anwar sendiri sebab selepas ini, kemungkinan besar beliau sendiri akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Tetapi yang nyata, sepanjang RCI diadakan yang bermula pada 21 Ogos lalu, banyak perkara didedahkan oleh saksi termasuk wakil dari Jabatan Audit Negara, P. Kanason yang mendakwa bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohamad Saaid telah memberitahunya melalui panggilan telefon "Orang Atasan Cakap Jangan Masuk Campur".

Siapa orang atasan itu? Siapa orang atasan yang arah agar tulis rugi hanya RM5.7 billion bukannya RM32 billion?

Meskipun Ainum ketika memberikan keterangan menyatakan beliau tidak ingat pernah mengeluarkan kata-kata berkenaan, tetapi ia masih mencetuskan tanda tanya.

Begitu juga degan kenyataan daripada pengurus Jabatan Akaun BNM, Saleha Lajim. Pada 1993, Bank Negara mengalami kerugian lebih RM5.7 bilion akibat urus niaga forex tetapi kerugian itu tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan 1993 sebaliknya dikategorikan sebagai perbelanjaan tertunda.

Dalam mesyuarat mingguan yang diadakan, Saleha memberitahu Timbalan Gabenor ketika itu, Tan Sri Dr Lin See Yan telah memberikan arahan lisan kepadanya untuk membuat pengubahsuaian pada penyata kewangan yang akan dikeluarkan.

Sekali lagi timbul persoalan, siapa yang memberikan arahan agar status untung rugi itu ditukar? RCI kini semakin panas, begitu juga agaknya dengan Mahathir. Beliau juga mungkin panas punggung kerana akan dipanggil memberikan keterangan selepas ini.

Ramai yang ingin tahu kenapa Mahathir seolah lepas tangan dan tidak berbuat apa apa walaupun telah dimaklumkan mengenai kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara Malaysia akibat aktiviti matawang asing Forex.

24 September 2012, dalam The Edge Markets, Anwar kata Daim dan Mahathir yang "approved" urusniaga forex di Bank Negara dulu. Semalam, Anwar kata Mahathir hanya dengar sahaja.

Apa sudah jadi? Anwar sudah mula kelentong dah kerana hendak selamatkan Mahathir. Namun, semua orang kini sudah ketahui bahawa Mahathir mengetahui urusniaga matawang itu rugi puluhan billion.

Kenapa dia tidak hentikan? Kenapa Soros pula yang hendak disalahkan?


Tulisan :
Beruang Biru
BB571, Jumaat
8 September 2017

Post a Comment

0 Comments