Full Width CSS

Rafizi Berurusniaga Dengan Syarikat Sendiri


1. Pendedahan yang dibuat oleh Presiden Salute Malaysia, Datuk Rizal Mansor mengenai cara Rafizi Ramli menggunakan dana Invoke sangat memeranjatkan banyak pihak.

2. Umum mengetahui Rafizi menggunakan syarikat Invoke untuk mengutip dana dari rakyat. Umum juga dimaklumkan bahawa kakitangan Invoke dibekalkan oleh syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd sebagai pembekal tenaga kerja.
3. Rizal mendakwa, Rafizi dikatakan pemegang saham utama syarikat KEIP dengan 10,050 saham. Begitu juga dengan Invoke Solution Sdn Bhd, Rafizi dikatakan memegang sebanyak 250,000 saham.

4. Timbul persoalan pula berkenaan kontrak perjawatan kakitangan yang dilihat sebagai taktik Rafizi mahu mengalihkan duit sumbangan orang ramai kepada Invoke untuk di bawa masuk ke syarikat miliknya sendiri.

5. Rekod gaji yang dipamerkan Rafizi menunjukkan Invoke membayar KEIP dari Mac – September 2017 berjumlah hampir RM1.3 juta. Namun, Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada Julai.

6. Ogos lalu, Rafizi menerima RM1.5 juta hasil kutipan derma orang ramai berhubung rayuan derma saman NFC beliau. Invoke kemudiannya membayar KEIP sebanyak dua kali pembayaran pada 28 Ogos.

7. Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.

9. Kesimpulannya menurut Rizal, Rafizi memutarbelitkan keadaan, apabila beliau sendiri yang ‘membekalkan’ tenaga kerja kepada dirinya sendiri (KEIP kepada Invoke). Katanya, Rafizi ‘membayar’ kepada diri sendiri ratusan ribu sebulan (Invoke bayar kepada KEIP) atas nama membekalkan sumber manusia hasil kutipan duit rakyat yang dibelanya.

10. Semakan juga mendapati KEIP tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi

Post a Comment

0 Comments