Full Width CSS

Remaja Kantoi Cubaan Rasuah Polis RM50, Kena Denda RM5,000


Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang remaja lelaki setelah didapati bersalah merasuah seorang aggota polis sebanyak RM50 pada April lalu.

Remaja berusia 18 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik sebelum ini membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 10 Ogos lalu namun hukuman terhadapnya ditangguhkan untuk mahkamah menerima laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Hakim S Indra Nehru membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan laporan akhlak yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam, Kenny Lai Cheo Ken.

Remaja itu dituduh memberikan suapan sebanyak RM50 kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Korperal sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan tidak memakai topi keledar di Pasir Bogak, Pangkor pada 18 Mac lalu.

Post a Comment

0 Comments