Full Width CSS

#Bajet2018 Warganegara US Kata Dia Boleh Jatuh Miskin Jika Tinggal Di Malaysia #Negaraku


Walaupun posting ini pada tahun 2015 tetap ianya masih terus tular di dalam pelbagai group What'sApp yang kononnya mendesak supaya rakyat Malaysia membuka mata dan hati dengan segala perkara yang di sekeliling kita hari ini.

Meh kita brake down sikit apa yang dinukilkan kawan kepada warganegara Amerika ni.


1. Mat Salleh ni tak cerita manfaat dia dapat daripada setiap pengeluaran duit dilakukan tu. Jalan raya bertol kebiasaannya terhindar dari kesesakan jalan raya, jalan selesa dan pantas ke destinasi ditujui. Amerika tu negara yang luas, memang lah tak banyak tol sebab kebanyakan laluan dorang 1 lorong sehala dari negeri ke negeri yang lain, macam kat Malaysia ni dipanggil Jalan Persekutuan.


2. Mat Salleh tu makan kat Malaysia ni, ada pelbagai jenis bahan masakan yang tak dikenakan cukai dan ada juga terdapat subsidi kerajaan di dalam bahan tersebut. Dia lagi tak malu, makan tanpa sedar subsidi kerajaan sediakan untuk warganegara jer sebenarnya.

3. Bayar cukai tu bukannya duit tu membeku dalam akaun kerajaan. Duit tu diberikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Negara dia free taxes ker?

4. Bayar roadtax dan income tax tu perkara normal lah. Negara dorang tak perlu bayar ker semua tu? Setiap tahun, kerajaan mengurangkan nilai bayaran cukai kepada mereka yang perlu membayar cukai² tersebut demi memikirkan tahap ekonomi rakyat.

5. Bodoh punya soalan apabila ditanya rakyat Malaysia ni takda perasaan ker. Dah tentu lah ada. Dia tak tahu ker setiap tahun dah ada acara tahunan kepada sebilangan rakyat melepaskan amarah mereka di atas jalan raya. Gagal betul lah Mat Salleh ni.

6. Suh dia bawak duit lebih sikit datang Malaysia lain kali sebab rumah urut kat Selangor yang berlambak tu pun caj GST.

* Sebenarnya Mat Salleh ni wujud atau tak? Atau sekadar ceritera Masrizah Zakaria sahaja?

Post a Comment

0 Comments