Full Width CSS

Ketua Pemuda Warisan Ditangkap Kroni Shafie Apdal


Malam tadi Dato' Mohd Azis Jamman anak saudara Shafie Apdal yang juga dulu bekas Ketua Pemuda Semporna yang kini Ketua Wira (Pemuda) Warisan diberi notis SPRM untuk hadir ke pejabat SPRM jam 10.30 pagi bagi siasatan kes rasuah projek KKLW.
Kenapa Mohd Azis Jamman ditahan? Beliau adalah antara individu yang menerima projek KKLW ketika Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW. Yu Sin Kong taukeh Sin Kong Contructions Sdn Bhd adalah pembayar rasuah tetapnya. Jadi tidak hairan jika Sin Kong yang direman 5 hari akan membuka mulutnya.

Menurut sumber Azis Jamman juga pernah menerima hadiah kenderaan mewah 'Hummer' dari seorang kontraktor yang rapat dengan Shafie Apdal yang pernah mencetuskan kontroversi di Sabah.

Jadi Azis Jamman Ketua Warisan ini jangan berlagak sombong dan mendabik dada berlagak suci, SPRM ada maklumat yang kamu fikir mereka tak tahu. Masuk dalam siasatan dan reman kamu akan tahu apa itu 'siasatan SPRM'. Penyokong Warisan yang tidak kenal siapa Azis Jamman berhenti untuk memfitnah SPRM dan kerajaan kononnya ini serangan politik. Rasuah tetap rasuah tak kira siapa.


Siapa seterusnya? Norhartaty Rahmat bekas TSUB KKLW yang ditahan reman 6 hari pastinya membuka mulut. Jadi eloklah bekas SUSK KKLW Dato' Karim, Dato' Dr Najmil, Dato' Jaujan (Bekas SUPOL Kini Naib Presiden Warisan), Haji Hamid Apdal (Projek Air), YB Datuk Yusof Apdal (Adun Lahad Datu- banyak projek elektrik) bersiap sedia membantu siasatan.

Nama pun siasatan macam-macam boleh berlaku. Bagi Dr Najmil dan Dato' Karim kita yakin mereka menerima arahan Shafie Apdal sebagaimana Norhartaty dan kini perlu membuktikan kesetiaan mereka untuk mendedahkan salahlaku Shafie Apdal. Captain M akan kupas ini kemudian.

Jika SPRM melakukan siasatan kepada 350 projek KKLW projek bekalan air (170 projek), jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) anggaran kos kira-kira RM7.5 bilion pastinya ramai pihak terlibat. 60 syarikat yang pernah terlibat dengan tender terhad pastinya kepanasan.

Antara Projek Kroni Shafie Apdal 
disiasat SPRM

Semalam SPRM mengesahkan menyiasat Projek pembinaan loji air lebih RM45 juta di Semporna tidak dapat berfungsi disebabkan sungai cetek yang mengakibatkan sumber air tidak mencukupi. Malah, struktur loji itu dibina dua kali selepas yang asal dirobohkan apabila didapati tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. Ini cara Shafie Apdal nak menghabiskan peruntukan!


Projek itu ialah Projek Menaiktaraf Loji Air Sungai Intan, Pemasangan Dan Menaiktaraf Paip Air Bagi Mengatasi Masalah Bekalan Air Di Daerah Semporna, Sabah dengan kos RM47,721,333.00 diberi kepada proksi Shafie Apdal, WILAYAH KAYA SDN. BHD.

Captain M sebelum ini sudah mendedahkan kegagalan projek ini pada 26 Oktober 2016 dalam entri bertajuk ;
["SHAFIE BONGKAK DI PARLIMEN TAPI DIA LUPA BAHAWA DIA SONGLAP RATUSAN JUTA DARI DANA KKLW..."]. Termasuk projek solar yang dikatakan gagal.

Begitu juga dengan kegagalan projek bekalan air ke Pulau Gaya bernilai RM 93 juta yang dilapor media tahun lalu turut menjadi perhatian SPRM. Kasihan penduduk Pulau Gaya yang menjadi mangsa sepatutnya projek itu siap tahun 2015. Artikel lanjut boleh dibaca;

[PROJEK PAIP GAGAL DI PULAU GAYA, RM100 JUTA LESAP, SHAFIE APDAL BAKAL DIHERET OLEH PAC!]


Akan ada yang lebih panas selepas ini. Shafie Apdal sudah bersuara berlagak. Dia kena ingat semua siasatan pastinya berakhir menuju kepada Shafie Apdal. Shafie jangan sombong. Jika Shafie Apdal boleh berlagak dengan kes Jabatan Air Negeri Sabah kerana peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan itu beliau masih boleh secara teknikalnya bersilat namun dengan Skandal KKLW penyelewengan RM1.5Bilion ini Shafie Apdal pasti tidak akan terlepas!

Kuncinya Norhartaty Rahmat sudah direman. Peter Anthony 'tukang bawa beg duit' Shafie pun dah masuk kandang.

Kita hari ini menunggu keputusan untuk reman Mohd Azis Jamman. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Syabas SPRM. Ini SPRM zaman Tan Sri Dzulkifli Ahmad bukan zaman Tan Sri Abu Kassim kawan Shafie Apdal itu.


Captain M
9 Oktober 2017

Post a Comment

0 Comments