Full Width CSS

Mengapa Pisau Potong Sayur Melekat Di Kepala Lelaki Ini? #Negaraku


Berita ini perlu diambil iktibar dan diingatkan kepada kaum lelaki agar mengutamakan langkah keselamatan seperti memakai topi keledar 24 jam atau apa saja yang boleh melindungi kepala sekiranya anda berniat atau telah menyuarakan hasrat yang terbuku di hati untuk berkahwin lagi atau dalam bahasa mudahnya adalah menambah 'cawangan' baharu.

Jika anda tidak mengambil langkah keselamatan seperti berikut, adalah dikhuatiri nasib anda akan jadi seperti lelaki berusia 55 tahun ini apabila pisau pemotong sayur melekat di kepala nya akibat ditetak isteri setelah menyuarakan hasrat untuk berkahwin kali kedua.

Beliau menerima 15 jahitan di sekitar kepala selepas ditetak di kepala, dahi kanan dan lengan kanan.

"Ketika kejadian mangsa sedang baring sebelum isterinya bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suami.

"Terkejut dengan tindakan isteri, mangsa terus melarikan diri dengan keluar rumah," menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj

Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Manek Urai untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, tiada laporan polis yang dibuat dan kedua-dua mereka kembali berbaik.

Moral : kaji dahulu latar belakang isteri anda sebelum menyuarakan apa² perkara yang boleh mengancam nyawa.

* gambar sebagai hiasan

Post a Comment

0 Comments