Full Width CSS

Part II : Dah 18 Bulan Bayar RM305 Juta Untuk Kertas Kerja Terowong Tapi Mana Laporan?


Sambungan..

Malah, semalam, Datuk Seri Fadillah Yusof mengulangi perkara sama, meminta supaya laporan dikemukakan.

"Sehingga kini, tiada laporan dikemukakan kepada saya. Selepas sedikit teragak-agak pada awalnya, Ketua Menteri Pulau Pinang kemudian memberi alasan bahawa kajian itu hanya 83 peratus siap dan berjanji ia akan disiapkan menjelang akhir tahun lalu dan akan menghantar laporan itu kepada kementerian sebaik selesai. Itu tidak berlaku.

"Sekali lagi, tarikh akhir sudah berlalu dan kami masih belum menerima sebarang laporan. Saya dapati penangguhan ini sangat luar biasa kerana projek itu sudah dianugerahkan pada April 2013.

"Tiada apa-apa projek pembinaan bermula, manakala laporan RM305 juta belum selesai sepenuhnya walaupun sekurang-kurangnya RM220 juta sudah dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang," kata Fadillah.

Ini merupakan sesuatu yang sangat meragukan sama sekali. Semacam ada unsur rasuah dan penyelewengan berlaku.

Tidak mustahil ada unsur rasuah. Ini kerana, Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng masih lagi dua kes rasuah di mahkamah

Selama ini banyak pihak menggesa supaya siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini, kerana jumlah berkenaan terlalu besar dan hingga kini masih belum ada laporan yang dijanjikan itu diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya.

Banyak perkara misteri dalam isu ini, jadi lebih baik ia disiasat dengan segera.

Pentadbiran Lim Guan Eng sendiri terpalit dengan isu rasuah apabila beliau didakwa di mahkamah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. Kini beliau terpalit pula dengan isu terowong.

Guan Eng kata LRT tidak boleh dibuat selagi Najib jadi PM. Ini dakwaan mengarut Guan Eng. Buat LRT yang hanya 14km dari Georgetown ke Bayan Baru telan belanja RM400 juta satu km. Semua sekali RM6 billion.

Berkali ganda mahal dari MRT yang 51km dan ada 31 stesen yang hanya berkos RM21 billion sahaja. Baik buat MRT dari LRT.

Buat kajian terowong 61 kali ganda dari projek yang sama di Kanada. Terowong dasar laut Quebec City - Levis di Kanada panjangnya 7.8 kilometer, hanya belanja RM325,000 untuk buat kajian.

Guan Eng pula bayar RM305 juta untuk terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer dari Persiaran Gurney ke bahagian pulau. 61 kali ganda lagi mahal dari Kanada.

Kajian pun masih belum siap. Rakyat Pulau Pinang dah kena kelentong dah dengan Guan Eng. Bukan Zairil Khir Johari sahaja yang kena letak jawatan, suruh Guan Eng sama letak jawatan.

Banyak sangat korupsi dalam kerajaan DAP Penang ini. Rakyat Penang kena tukar Guan Eng. Selamatkan duit rakyat dari disonglap DAP & Guan Eng.

YB Rafizi Ramli mana, cuba buat pendedahan ni. Rakyat nak tahu !!

Post a Comment

0 Comments