Full Width CSS

[Video] Syukurlah Malaysia Masih Lagi Aman & Selamat #Negaraku #RespectPerwiraku


Kejadian tembakan rambang di Las Vegas mengorbankan lebih 50 nyawa dan mencederakan 500 yang lain. Itu kejadian di Amerika Syarikat yakni sebuah negara dianggap sebagai abam Polis Dunia. Dia sibuk nak jaga pengganas negara lain tapi negara sendiri terlupa nak jaga.

Syukurlah kita hidup kat Malaysia yang masih aman tenteram ini. Nak pergi lepak kat mamak sampai mamak tu mengantuk pun masih diyakini selamat dan terjamin keselamatan daripada ditembak tak tentu pasal.

Nak bergelak ketawa sambil tengok video sidang media Syed Sajad Saddiq menangis berulang² sebanyak 3 kali pun masih boleh dan berkesempatan, kita siap shared lagi kat Facebook dan buat 'bahan' di What'sApp group hehe.

Itulah nikmat sebenar yang kita telah kecapi semenjak tahun 1957. Bebas bergerak ke mana saja tanpa ada sekatan.

Korang sedar tak malam tadi di hadapan Pavilion, Bukit Bintang ada kotak hitam yang mencurigakan telah diletupkan oleh skuad pemusnah bom Polis DiRaja Malaysia (PDRM)? Hah tak tahu kan, begitulah hebatnya tahap keselamatan kita di Malaysia sehinggakan hal² ini tidak muncul atau menimbulkan suasana panik di kalangan masyarakat.

Tengok video ni ar.


Terima kasih PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang senantiasa bersiap siaga menjaga keselamatan dan mengekalkan keamanan negara dari dicerobohi.

Post a Comment

0 Comments