Full Width CSS

Kereta Polis China Kat Putrajaya Tu Untuk Kegunaan Penggambaran Filem 'The Original Sin'


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak mempercayai gambar kenderaan polis negara China yang kononnya digunakan di negara ini.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, kenderaan berkenaan digunakan untuk penggambaran filem.
“PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan yang dibangkitkan di sebuah laman Facebook yang menggunakan gambar bekas pemimpin negara tersebut kerana ia jelas berniat serong dan cuba membangkitkan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik sebarang status tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang sahih kerana ia boleh membawa implikasi yang negatif terhadap pihak tertentu,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, filem bertajuk ‘The Original Sin’ yang dirakamkan di Putrajaya adalah untuk tayangan di negara China.

Justeru, beliau menasihati pengguna media sosial untuk sentiasa berhati-hati dan berhemah dalam menggunakan apa sahaja platform alam maya.

Apa yang korang tak perasan tu adalah tajuk filem tu ditujukan kepada Madey yang kini sedang dalam rangka memungut dosa² asli untuk dirinya.

Post a Comment

0 Comments