Wednesday, December 13, 2017

#Baitulmaqdis : Negara OIC Mahu #Malaysia Ketuai Bersuara Tapi Erdogan Pula Korang Bagi Perhatian ! #Negaraku


Malaysia dan Turki antara negara yang vokal membuat bantahan terhadap isu Baitulmaqdis yang cuba dijadikan ibu negara Israel seperti direstui Amerika Syarikat, minggu lepas. Hari ini, 13 Disember merupakan tarikh keramat di mana, Malaysia akan mengetuai suara bantahan mewakili negara² OIC. 

Namun, agak sedih mengapa usaha Malaysia mengepalai suara OIC dipandang sepi dan lebih sardis lagi apabila orang kita sendiri lebih melihat Perdana Menteri Turki lebih hebat bersuara berbanding Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak.

Tuesday, December 12, 2017

Akhirnya Sotong Akui Maklumat Diterima Tidak Benar #Negaraku


"Saya sudah memeriksa dan mengesahkan yang ia bukan abangnya - maklumat itu tidak betul," - Rafizi.

Rafizi Ramli Naib Presiden PKR akhirnya mengaku memfitnah Datuk Seri Rahman Dahlan selepas sidang medianya mengenai abang kepada menteri yang didedahkan hari ini.

Siapa Nama Ramli? Mesti Korang Adik Beradik Rafizi Kan?

Malas nak cakap banyak. Semalam YB Pondan Rafizi Ramli telah dengan nyata dan jelas memfitnah Dato' Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sudah semestinya Rafizi Ramli akan disaman kerana fitnah yang dilakukan oleh beliau telah mencederakan imej Dato' Seri Abdul Rahman Dahlan.

Namun, hanya satu sahaja harapan kami.

Madey & Isteri Pulangkan Semula Darjah Kebesaran Sultan Selangor


Istana Selangor hari ini mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali telah memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor pada Khamis lalu.

Monday, December 11, 2017

McDonald's Malaysia Nafi Hasil Pendapatan Disumbang Kepada Israel #Negaraku


Syarikat makanan segera terkemuka McDonald’s Malaysia menegaskan ia tidak menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara sekali pun.

Kenyataan itu adalah maklum balas daripada Syarikat Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd., pengendali McDonald’s di Malaysia yang kecewa dengan fitnah di laman sosial mengenai penglibatan pihaknya sebagai penyumbang ekonomi negara Israel.

Thursday, December 7, 2017

5 Seruan Semboyan Untuk Kemenangan #BarisanNasional Pada PRU14 #PAU2017 #KN @NajibRazak


Petikan teks ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Mulai tika dan saat ini, kuatkan azam dan gantungkan tekad yang tinggi, kita mara ke medan juang, menuju kemenangan di pilihanraya umum nanti, dengan berbekalkan lima seruan dan semboyan perang, penentu kemenangan pru ke-14.

Tuesday, December 5, 2017

#UMNO Wajar Manfaat Media Sosial Untuk Menang #PRU14 #PAU2017


TPM, Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO bermasalah jika masih menggunakan kaedah konvensional seperti ceramah politik yang tidak lagi popular.

Monday, December 4, 2017

Persoalan & Jawapan Mengenai Permohonan Baru Dan Kemaskini #BR1M 2018 #EkspoNegaraku


SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2018 PERMOHONAN BARU DAN KEMAS KINI BR1M 2018 

1. S: Bilakah pendaftaran BR1M 2018?
J: Pendaftaran BR1M 2018 bermula pada 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017 (tertakluk kepada pindaan).

2. S: Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2018?
J: Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2018 perlulah memenuhi syarat seperti berikut: 
i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
iv. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
v. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018

Thursday, November 30, 2017

PKR Angkat Kaki Dari Lembah Pantai, Letakkan Calon Bunga Bekas Pengerusi SPR #Negaraku


Calon lawan di Lembah Pantai mungkin akan ditandingi oleh parti Bunga. Banyak faktor yang boleh dilihat dan antaranya adalah bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sendiri merupakan Naib Presiden Bunga dan menetap di dalam kawasan parlimen Lembah Pantai.

DAP Sememangnya Racun & Penghancur Kepada Negara Malaysia


Ideologi yang diperjuangkan DAP jelas menunjukkan parti itu tidak mengamalkan sikap keharmonian, sebaliknya lebih cen­derung memecahbelahkan per­paduan masyarakat sehingga di­khuatiri boleh menjadi ra­cun kepada negara.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemimpin DAP kini secara terus-teru­s­an­­ memainkan isu sensitif yang hanya akan memberikan imej­ negatif kepada negara.

[Video] 10 Sebab Mengapa Anda Perlu Pilih MRT Sebagai Pengangkutan Rasmi

Monday, November 27, 2017

Ku Nan Dah Jawab Balik Isu UiTM & Dirinya, Cuba Baca Ni...


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas golongan tertentu yang sengaja memutarbelitkan kenyataan beliau dalam satu majlis baru-baru ini berkaitan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jelasnya, niat beliau yang menimbulkan soal pembelajaran dan kemasukan ke universiti dalam ucapan terbabit adalah sebagai motivasi kepada para penuntut yang hadir dalam majlis berkaitan.

Proton Tukar Nama Di China, Ini Sebabnya...


Fikir dahulu pakai akal manusia. Jangan fikir dan emosi pakai perut badak. Kalau guna emosi badak memanglah jadi meroyan tak ketahuan hala jadinya.

Bila berita CEO baru Proton nak tukar nama Proton kepada 'Bao Teng', semua orang gelabah. Ada kata nanti semua model tukar nama cina juga. Macam-macam lah khabar angin.

Ini Maksud Sebenar Slow Learner Seperti Diucapkan Ku Nan #Negaraku #UiTM


Meriah betul Facebook hari ini, dek kerana viral video dari Malaysia Kini dengan ucapan DS Tengku Adnan berhubung slow learner di ITM atau UiTM. Ada yang membentak dalam hati dan tak kurang juga yang mengamuk sakan di Facebook dan menjelaskan bahawa mereka adalah kalangan bukan slow learner ataupun dalam istilah lain bermaksud budak lambat pick up nak belajar.

Meh kita cuba faham sikit apa sebenarnya yang Tengku Adnan ingin sampaikan.

Thursday, November 23, 2017

Masa Depan & Impian Negara Maju Malaysia Di Ekspo Negaraku 2017 #EkspoNegaraku


Pameran infrastruktur berskala besar Ekspo Negaraku 2017 yang sedang berlansung selama sebulan yang akan berakhir pada 15 Disember depan di Dataran Merdeka telah mengamit ramai pengunjung dari seluruh negara.

Ekspo interaktif julung kali dianjurkan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri itu dibuka secara percuma setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...