Full Width CSS

Surat Palsu Perlantikan Timbalan Rektor UIA




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat palsu mengenai perlantikan Prof Madya Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) yang dikeluarkan atas nama beliau sebagai Presiden dan parti UMNO bagi menjamin kemenangan pihak Pro-Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus pada 25 September ini adalah tindakan cukup terdesak pihak tertentu.

Najib berkata, surat perlantikan palsu tersebut atas kepala surat UMNO menunjukkan beliau menandatangani sebagai Presiden Umno ditulis kepada Rektor UIAM, Prof Dr Zaleha Kamaruddin berlandaskan Perlembagaan Umno.

"Satu perbuatan yg menunjukkan perbuatan pihak tertentu begitu terdesak dan sanggup menggunakan apa sahaja cara sekalipun termasuk menyebar fitnah secara bertulis dapat dikesan oleh kita.

"Surat palsu ini menyatakan perlantikan Prof Madya Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menjamin kemenangan pihak Pro-Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus nanti," katanya sewaktu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam.

"Surat ini saya nafikan sekeras-kerasnya malah saya tidak pernah mengeluarkan surat parti atas perlantikan mana-mana anggota dalam universiti. Perkara ini boleh disahkan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggii (KPT).

Najib berkata perkara Ini adalah contoh bagaimana mereka berada dalam keadaan tertekan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyebarkan kepalsuan dan fitnah semata-mata untuk menghasut pelajar universiti untuk membenci kerajaan.

Sebelum itu, Majlis Syura UIAM telah membuat laporan polis berhubung penyebaran sepucuk surat palsu yang kononnya ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Majlis itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya memandang berat perbuatan pembohongan itu dan telah membuat laporan di Balai Polis Gombak pada pukul 9 pagi semalam.

Dalam kenyataan tersebut, surat palsu berkenaan telah disebarkan dalam kampus dan juga dimuat naik di sesetengah laman blog.

"Pihak universiti ingin menegaskan bahawa pihak Rektor tidak pernah sama sekali menerima surat tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia, selaku Presiden UMNO.

"Pihak Majlis Syura UIAM menyangkal tohmahan tersebut dan beranggapan bahawa kandungan surat tersebut berunsur fitnah dan satu pembohongan serius yang mempunyai niat jahat," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pihak majlis syura yakin pembohongan tersebut dilakukan oleh sesetengah pihak yang terdesak, tidak beretika dan mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang.

Post a Comment

0 Comments