Semalam saya sempat tweet dengan YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan merangkap Menteri Belia & Sukan Malaysia.
Tweetnya berbunyi begini :
Namun sehingga artikel ini ditulis, Khairy masih tidak respon terhadap tweet ini. Saya faham, YB Khairy seorang yang sibuk sekarang ini untuk berkempen sana sini sehingga tidak sempat membaca twitternya.
Tak mengapalah YB Khairy, mungkin undi saya yang diminta tapi permintaan saya tidak dilayani. Inilah nasib ahli UMNO.
Berikut adalah mesej peribadi YB Khairy kepada semua perwakilan.
Saya akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebagai calon no 1 dan saya berharap rakan-rakan perwakilan akan dapat menyokong dan bersama-sama saya dalam kita meneruskan perjuangan sayap Pemuda UMNO demi agama, bangsa dan tanahair yang tercinta. Saya telah cuba melaksanakan amanah kepimpinan yang diberi dengan terbaik pada penggal lalu dan kini memerlukan anda untuk menyempurnakan apa yang telah kita azam dan rancangkan bersama.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..