Selain daripada itu, bas ini yang tidak menggunakan gas mahupun minyak sebaliknya hanya mengaplikasikan penggunaan tenaga elektrik. Untuk rekod, penggunaan bas elektrik ini merupakan yang pertama digunapakai di Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Record (MBOR).
Mengenai BRT Sunway
- Projek ini dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 9 Jun 2012
- Sistem BRT yang pertama di Malaysia
- Sistem BRT yang pertama menggunakan bas elektrik di Malaysia
- Sistem BRT yang pertama menggunakan elevated guideway.
- Bakal memberi khidmat kepada lebih 500,000 pengguna di sekitar Bandar Sunway & Subang Jaya
- Mempunyai 7 stesen dengan 1 stesen terdapat kemudahan 'Park n Ride', stesen SunU - Monash.
BRT Sunway merupakan projek usahasama di antara kerajaan melalui Prasarana dan Sunway. Bertujuan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di dalam radius sekitar Bandar Sunway.
Mengenai Projek
- Kos keseluruhan projek - RM634 juta
- Durasi pembinaan selama 27 bulan (2 tahun 3 bulan)
- Laluan sepanjang 5.4 kilometer (sehala)
- 7 buah stesen sepanjang laluan
- 2 buah integrasi stesen (KTM Komuter Setia Jaya & LRT USJ7
Kapasiti maksimum penumpang 92 |
Mengenai Bas
- Sebanyak 15 buah bas digunakan dalam satu² masa
- Mesra awam & OKU
- Kelajuan 80km/j
- Mempunyai kamera litar tertutup (CCTV)
- Tempat duduk 25 & 67 penumpang berdiri
- Skrin elektronik paparan stesen
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..