Monday, October 16, 2017

Anak Muda Tidak Sokong Agenda Peribadi Mahathir & DAP


Pada perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi Sabtu lepas, kelibat anak muda memang tidak kelihatan sepanjang perhimpunan berlangsung iaitu bermula pada pukul 4 petang hingga hampir tengah malam.

Pentas jam 4 petang memang dibuat khusus oleh pengajur demo untuk anak anak muda. Waktu Nik Nazmi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, AMK berucap pada petang itu, tidak ada seorang pun yang mahu berada dekat dengan pentas.

Thursday, October 12, 2017

DAP Mahu Kit Siang Habiskan Sisa Hidup Sebagai Perdana Menteri #DAPRasuah #KekalNajib


Tak sampai beberapa hari Top Dog Pakatan Tun M berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak akan menuntut jawatan Perdana Menteri (PM), dua pemimpin DAP sudah tampil memberi sokongan kepada pemimpin rasis itu.

Zaid Ibrahim dan P Ramasamy dengan megah memberitahu rakyat Malaysia bahawa Kit Siang adalah pemimpin yang sesuai untuk memegang tampuk pimpinan negara. Sokongan terbuka ini adalah bukti bahawa DAP ketua sebenar Pakatan walaupun tidak memegang jawatan utama.

Mengapa Pisau Potong Sayur Melekat Di Kepala Lelaki Ini? #Negaraku


Berita ini perlu diambil iktibar dan diingatkan kepada kaum lelaki agar mengutamakan langkah keselamatan seperti memakai topi keledar 24 jam atau apa saja yang boleh melindungi kepala sekiranya anda berniat atau telah menyuarakan hasrat yang terbuku di hati untuk berkahwin lagi atau dalam bahasa mudahnya adalah menambah 'cawangan' baharu.

KL Monorail Four-Car Trains Back In Service Soon #RapidKL



The KL Monorail Line four-car trains, which have been grounded since May for further enhancement of their safety features, will be returning to service soon.

In a statement issued today (19 Sept 2017), Rapid Rail Sdn Bhd Chief Executive Officer, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman said that the five four-car monorail train sets would be injected into service in stages by this year end.

“Works to further enhance the safety features of the trains are on-going. We are working hard to have the works completed as soon as possible; but strictly according to the work details that we had highlighted to them.

Wednesday, October 11, 2017

Pembangkang Dah Ketandusan Modal Tibai Barisan Nasional #Negaraku #KekalNajib #RespectMyPM


Pembangkang sebenarnya dah tiada modal nak lawan Barisan Nasional, maka mereka serang dan tembak Perdana Menteri DS Najib Razak seorang saja. Pelbagai nama dan gelaran mereka gunapakai semata-mata bagi memberi imej negatif terhadap kepimpinan negara. Tak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa menyerang peribadi, kepimpinan dan pelbagai lagi.

Di sebelah rakyat sebenarnya tidak merasai kesan seperti yang diadu domba oleh Pembangkang kononnya PM atau kerajaan kita curi duit rakyat, rompak secara terselindung. Itu hanya tuduhan tanpa bukti dan rakyat tak nampak pun apa sebenarnya yang Pembangkang cuba tunjukkan. Cuma yang berlegar hanya persepsi di kalangan rakyat.

Tuesday, October 10, 2017

Part II : Dah 18 Bulan Bayar RM305 Juta Untuk Kertas Kerja Terowong Tapi Mana Laporan?


Sambungan..

Malah, semalam, Datuk Seri Fadillah Yusof mengulangi perkara sama, meminta supaya laporan dikemukakan.

"Sehingga kini, tiada laporan dikemukakan kepada saya. Selepas sedikit teragak-agak pada awalnya, Ketua Menteri Pulau Pinang kemudian memberi alasan bahawa kajian itu hanya 83 peratus siap dan berjanji ia akan disiapkan menjelang akhir tahun lalu dan akan menghantar laporan itu kepada kementerian sebaik selesai. Itu tidak berlaku.

Part I : Dah 18 Bulan Bayar RM305 Juta Untuk Kertas Kerja Terowong Tapi Mana Laporan?


Sudah 18 bulan berlalu namun kerajaan DAP Pulau Pinang masih belum menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan jambatan ketiga atau projek terowong dasar laut di negeri itu kepada Kementerian Kerja Raya, seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Janji untuk menyerahkan laporan kajian itu dibuat oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada April tahun lepas, tetapi malangnya sehingga kini janji itu tidak dilaksanakan pun.

Monday, October 9, 2017

Peruntukan RM30 Juta Untuk Naik Taraf Pusat Tahfiz Bukan Bayar Gaji Kakitangan #Bajet2017


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan peruntukan RM30 juta untuk pusat tahfiz di seluruh negara perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menaik taraf infrastruktur dan bukannya bagi membayar gaji kakitangan.

Katanya, ini kerana, 80 peratus daripada dana RM30 juta disediakan di bawah Bajet 2017 untuk penyelarasan pendidikan tahfiz digunakan untuk membayar gaji kakitangan pusat berkenaan.

Ustaz Kazim Tuntut RM8 Juta Akibat Fitnah Terhadap Tahfiz Miliknya #Negaraku


Selepas tuntutan RM8 juta kepada ibu murid yang didakwa memfitnahnya, Datuk Kazim Elias menghantar pula surat tuntutan kepada dua individu lain.

Peguam pendakwah popular itu Mohd Firdaus Mohamood berkata tuntutan itu ditujukan kepada bekas pengacara Wardina Safiyyah dan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi.

Ketua Pemuda Warisan Ditangkap Kroni Shafie Apdal


Malam tadi Dato' Mohd Azis Jamman anak saudara Shafie Apdal yang juga dulu bekas Ketua Pemuda Semporna yang kini Ketua Wira (Pemuda) Warisan diberi notis SPRM untuk hadir ke pejabat SPRM jam 10.30 pagi bagi siasatan kes rasuah projek KKLW.

Sel² Otak Madey Sudah Mula Bercantum Bila Melibatkan Yang Menguntungkannya


Sel-sel otak Madey dah sedikit menunjukkan peningkatan positif. Perkara ini boleh berlaku sekiranya beliau mempunyai idea atau 'modal' untuk membalun kerajaan seperti isu 1MDB, pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Friday, October 6, 2017

Fatwa Madey, Menjawab Blog CheDet - Razlan


Dalam ilmu pendidikan Subjek Politik Ala Dr Mahathir, segala fitnah dan celaan itu tidak ada dosa dan pahala, semua di halalkan demi menikmati kemenangan parti beliau.

Sebagai seorang muslim, kita ada pegangan untuk tidak berkata bohong malah jauh lagi untuk membuat fitnah.

#RapidKL Buat Perubahan Untuk Tiga Laluan Bas Di Cheras


Sentiasa prihatin terhadap keperluan para pelanggannya, Rapid Bus – operator perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL – membuat perubahan kecil atau ‘tweaking’ untuk tiga laluan di kawasan Cheras bagi memanfaatkan para pengguna di Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara.

Pelarasan untuk laluan-laluan bas 400, 401 dan 450, yang turut menjadikan Stesen MRT Taman Mutiara sebagai salah satu daripada perhentiannya, bermula pada 22 September lepas dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kemudahan dan keselesaan para penumpang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Mohd Azam Omar dalam satu kenyataan hari ini.

Wednesday, October 4, 2017

[Video] Misteri Kehidupan Zaman Tun Mahathir Yang Menjadi Igauan & Rinduan Banyak Pihak? #Negaraku


Ramai netizen yang mengeluh dengan keadaan ekonomi semasa hari ini sehinggakan ada yang mengeluarkan statement 'rindu zaman Tun Mahathir'.

Semua orang tahu statement tersebut merujuk kepada perasaan tidak puas hati dengan mutu kehidupan hari ini yang dikatakan amat terdesak dengan pelbagai keperluan yang tidak tergapai. 

Tuesday, October 3, 2017

[Video] Syukurlah Malaysia Masih Lagi Aman & Selamat #Negaraku #RespectPerwiraku


Kejadian tembakan rambang di Las Vegas mengorbankan lebih 50 nyawa dan mencederakan 500 yang lain. Itu kejadian di Amerika Syarikat yakni sebuah negara dianggap sebagai abam Polis Dunia. Dia sibuk nak jaga pengganas negara lain tapi negara sendiri terlupa nak jaga.

Syukurlah kita hidup kat Malaysia yang masih aman tenteram ini. Nak pergi lepak kat mamak sampai mamak tu mengantuk pun masih diyakini selamat dan terjamin keselamatan daripada ditembak tak tentu pasal.

Saddiq Sepatutnya Jawab Surat Tawaran Oxford University 11 Mei Tapi Kenapa Semalam Baru Buat PC?


Hah gempar pula surat tawaran kepada Syed Sajad Saddiq yang sepatutnya beliau memberi jawapan balas untuk kemasukan ke Oxford University adalah pada 11 Mei 2017 tapi kenapa semalam, 2 Oktober 2017 baru Syed Saddiq membuat sidang media bahawa dirinya terpaksa menolak tawaran tersebut atas beberapa sebab.

Penganjur Pesta Arak Klang Mahu Kejadian Serupa Seperti Festival Muzik Las Vegas? #BantahOctoberFest


Amerika Syarikat dikejutkan dengan kejadian tembakan rambang pada Festival Muzik Las Vegas yang mengorbankan lebih 50 orang dan mencederakan 500 orang yang lain.

Monday, October 2, 2017

It's love for Malaysia and Racial Harmony - Mejar Huan #Negaraku


Press Statement
2nd October 2017

Datuk Huan Cheng Guan
Vice-President Parti Cinta Malaysia

"It's love for Malaysia and Racial Harmony"

In response to DAP’s Deputy Secretary P Ramasamy’s recent statement that accused me of not living up to the name of the party by calling for a ban of DAP, I wish to make the following clarifications.

Syed Saddiq Dakwa Cuba Dirasuah RM 5 Juta Untuk Lanjutkan Pelajaran? #BantahOctoberFest


Syed Sajat Saddiq kata dia ditawarkan RM5 juta untuk keluar dari parti Madey tu. Persoalannya, setakat sembang kata ditawarkan ni, ramai orang boleh reka cerita tanpa ada bukti.

Friday, September 29, 2017

PM Perkenal 5 Lonjakan TVET & Sasaran Kepada Pelajar Tahfiz

NAJIB TUN RAZAK bergambar bersama pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) selepas merasmikan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak me­ngumumkan lima lonjakan bagi mentransformasikan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar benar-benar berupaya menjadi agen perubahan dalam meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta ekonomi negara.

Serentak dengan itu, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sistem TVET kepada pelajar tahfiz bagi memastikan mereka bukan sahaja berkebolehan dalam menghafaz al-Quran tetapi turut berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang.

Rafizi Berurusniaga Dengan Syarikat Sendiri


1. Pendedahan yang dibuat oleh Presiden Salute Malaysia, Datuk Rizal Mansor mengenai cara Rafizi Ramli menggunakan dana Invoke sangat memeranjatkan banyak pihak.

2. Umum mengetahui Rafizi menggunakan syarikat Invoke untuk mengutip dana dari rakyat. Umum juga dimaklumkan bahawa kakitangan Invoke dibekalkan oleh syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd sebagai pembekal tenaga kerja.

MPK Desak Tukar Nama Pesta Arak 2017 Kerana...


Kenapa pesta arak di Selangor tak dibenarkan guna nama 'octoberfest'?

Thursday, September 28, 2017

Blogger Syed Kotak Kantoi Fitnah Kononnya Petronas Bakal Berhentikan 5,000 Pekerjanya


Petronas pada Sabtu menafikan dakwaan seorang blogger bahawa syarikat merancang untuk memberhentikan 5,000 pekerja pada tahun depan dalam apa yang dikatakan sebagai satu lagi pusingan “pengurangan kakitangan” di seluruh kumpulan.

Takziah Rakyat Selangor, Akhirnya Negeri Sendiri Jadi Penganjur Pesta Arak !


Pusing sana, pusing sini, akhirnya Festival Beer 2017 akan tetap diadakan di Selangor, lebih tepat lagi di Centro Mall, Klang. Seperti kata Menteri Besar Selangor, ini di bawah kuasa Majlis Perbandaran Tempatan. Majlis Perbandaran Klang (MPK) telahpun memberi lampu hijau kepada Central Mall untuk mengadakan festival beer berkenaan.

MPK pula mungkin berhasrat untuk menipu Malaikat Roqib dan Atid, mengariskan syarat perkataan 'Octoberfest' tidak boleh digunakan.

Wednesday, September 27, 2017

Bergeliga Otak Rafizi Menipu & Lempar Fitnah Sana Sini Buat Untung


Rafizi kata...
"Kakitangan Invoke menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd.KEIP Resources Sdn Bhd pula menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan Invoke dari semasa ke semasa."

Remaja Kantoi Cubaan Rasuah Polis RM50, Kena Denda RM5,000


Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang remaja lelaki setelah didapati bersalah merasuah seorang aggota polis sebanyak RM50 pada April lalu.

Remaja berusia 18 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik sebelum ini membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 10 Ogos lalu namun hukuman terhadapnya ditangguhkan untuk mahkamah menerima laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

LHDN Sangkal Dakwaan Cuba Lemahkan Sumber Kewangan Parti Politik


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyangkal dakwaan bahawa tindakan penguatkuasaan yang dijalankannya bertujuan melemahkan sumber kewangan kumpulan politik tertentu.

LHDN dalam kenyataan berkata seperti amalan negara lain, sistem pemilihan kes untuk tindakan penguatkuasaan LHDN adalah berdasarkan kriteria dari sudut kegagalan mematuhi perundangan percukaian.

Tuesday, September 26, 2017

[Video] 2 Jam Anda Boleh Tonton Video Kecuaian Manusia Memandu Kenderaan Yang Mengakibatkan Kerugian & Kehilangan Nyawa

#RapidKL Sediakan Bas Perantara Khas 2 Hala KL Sentral, KLIA 2 & KLCC #F1Sepang


Para peminat sukan pemotoran yang ingin menyaksi edisi terakhir acara Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix, yang akan berlangsung hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disaran menggunakan perkhidmatan bas perantara khas untuk perjalanan selesa dan lancar.

Disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd, perkhidmatan bas khas itu akan beroperasi selama tiga hari berturut-turut mulai Jumaat ini (29 September), yang merupakan hari pertama acara 2017 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix dan edisi ke 19 acara berkenaan diadakan di SIC.

Ini Sebabnya Kenapa Pihak Berkuasa Glasgow Tidak Mahu Anjurkan Pesta Arak Lagi?


Pihak berkuasa di Glasgow, United Kingdom telah mengambil pengajaran mengenai hal yang terjadi apabila Octoberfest (pesta arak) dianjurkan di sana.

Ia termasuklah dari segi ketidakselesaan penduduk tempatan, aksi tidak senonoh, ancaman keselamatan, pergaduhan, perkara luar kawalan dan lain² perkara negatif telah berlaku dek pesta tersebut. Maka mereka haramkan saja pesta tersebut kerana menyusahkan banyak pihak.

PM Umum Wifi Percuma & Insentif Menarik Untuk Staf TM


Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rakyat Malaysia bakal menikmati kemudahan WiFi percuma sehingga hujung tahun ini.

Perdana Menteri berkata, insentif itu akan ditawarkan di lebih 5,800 lokasi hotspot di seluruh negara.

Monday, September 25, 2017

Prasarana Malaysia Berhad Tandatangani MoU SMRT Corporation Ltd (SMRT)


Kajian reka bentuk baharu jambatan bagi projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang turut mengambil kira cadangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata penjajaran semula reka bentuk jambatan yang akan menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dengan Woodlands, Singapura, dilakukan selepas beliau menghadap baginda, minggu lalu.

Malunya Selangor Mempunyai Sultan Melayu Islam Beriya² Anjurkan Pesta Arak Tapi Negara Lain Haramkan


Ingatkan Selangor sebuah negeri yang benar² Islamik dan terhindar daripada sebarang kemungkaran seperti pesta² yang boleh memudaratkan, rupanya hanya indah khabar dari rupa jer. Dok fikir gak, Selangor ni seringkali diwar²kan macam negeri yang takda 'berdosa' atau dalam bahasa pasar nya adalah negeri yang terhindar daripada sebarang penyelewengan atau perkara kemudaratan yang bercanggah dengan agama Islam.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mungkin tak kisah bahawa negeri dipimpinnya masih dinaungi Sultan Melayu, masih tetap dengan keputusan mahu meneruskan pesta arak setelah mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negeri tersebut.

Seronok Ker Sinar Harian Buat Orang Ramai Marahkan PM @NajibRazak & Kerajaan?


Sinar Harian memang suka letak tajuk kontroversi untuk menarik perhatian orang ramai supaya membeli akhbar mereka tapi masalahnya dia punya ayat memang tahap binawe dan biadap.

Langsung tak sedikit pun beri imej baik kepada Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan.

Ketua Polis Negara Bayangkan Ancaman Pengganas Pada Pesta Arak Nanti


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan mengulangi ketegasan dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan Better Beer Festival 2017 yang akan dianjurkan di Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada awal bulan Oktober ini.

Tuesday, September 19, 2017

ADUN Pulau Pinang Merayu Kerajaan Pusat Supaya Bantu Negeri Pulau Pinang Puiii


Setiap kali banjir, dia dok minta bantuan kerajaan Persekutuan. Itu je lah modal dia sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat. Dengan kerajaan negeri sendiri, dia tak minta pula, kan.

Monday, September 18, 2017

Rumah Transit Belia Di KL Bukti Kerajaan Peka Akan Aspirasi Orang Muda Bandar - Datuk @razlanrafii


Pelancaran Perumahan Transit Belia Kuala Lumpur Di Kepong


Di kala pembangkang menganjurkan perhimpunan haram bersih dan keesokan harinya pada 20hb november 2016 Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan (WP) telah menganjurkan satu diberi nama Konvensyen Anak Muda Wilayah Persekutuan yang berjaya menghimpunkan lebih 1,500 anak-anak muda dari seluruh WP yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum, rasional politik, pendidikan, dan agensi-agensi kerajaan bagi mendengar aspirasi dan manifestasi orang muda secara lebih tertib, bertamadum dan beretika di dalam platform yang mengikut lunas undang-undang.

Menyingkap semula di dalam konvensyen ini telah berjaya mengupaskan pelbagai masalah dan menjilidkan 5 aspirasi anak muda wilayah yang terdiri dari segi politik, pendidikan, kebajikan, ekonomi dan sosial yang merangkumi pelbagai manifestasi dan salah satunya adalah ‘pembinaan perumahan transit untuk golongan belia di Kuala Lumpur’ yang telah dibentang dan diserahkan kepada Ketua Kampung, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor selaku Menteri WP yang turut disaksikan oleh YB Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Alhamdullilah, ini adalah satu bentuk kejayaan bersama bagi semua golongan muda di WP dan hari ini 18hb September 2017, Isnin di Kepong, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak akan melancarkan secara rasmi perumahan transit untuk golongan belia di Kuala Lumpur selaras dengan aspirasi dan manifestasi yang dibentangkan ketika konvensyen anak muda WP berlangsung.

Kami percaya, pembinaan rumah-rumah transit belia ini sedikit sebanyak akan mampu mengurangkan kos sara hidup golongan muda dalam bandar sekaligus membuktikan peranan dan fungsi pemuda BN itu lebih jauh matang dan cakna kepada rakyat berbanding pihak pembangkang yang lebih retorik dan hanya bersifat tin kosong dalam memperjuangkan isu-isu rakyat.

Oleh itu, di sini Pemuda BN WP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan BN yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, ayahanda Ketua Kampong YB Datuk Seri Tengku Adnan dan YB Khairy Jamaluddin yang telah mendengar aspirasi orang muda di bawah slogan ‘rakyat didahulukan’ dan kami percaya inilah satu-satunya kerajaan yang bersifat ‘walk the talk’ yang pasti akan menjaga kebajikan golongan muda di dalam negara kita.

Sekian terima kasih.

DATUK HJ MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan

Untuk Makluman Presiden UMNO, Jentera PAS Siap Sedia Hadapi Pilihanraya Bila² Masa


Pas Selangor mengumumkan jenteranya kini sudah berada pada tahap persediaan tertinggi bagi menghadapi PRU14 pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya menetapkan tarikh 16 September (semalam) sebagai tarikh di mana jentera pilihan raya Pas negeri meliputi 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dun sudah bersedia dengan jentera terlatih dan tenaga yang mencukupi di bawah panji-panji Gagasan Sejahtera.

Friday, September 15, 2017

GiatMara Periksa Pendawaian Pusat Tahfiz Percuma Seluruh Negara


Program Pemeriksaan Pendawaian Elektrik secara percuma anjuran GiatMara akan diperluaskan ke pusat tahfiz dan rumah anak yatim seluruh negara berbanding kediaman luar bandar ketika ini.

"Kementerian akan dapatkan senarai pusat tahfiz dan rumah anak yatim daripada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya (menerusi Program Pemeriksaan Pendawaian Elektrik)." - Ismail Sabri.

Terbaik !

Thursday, September 14, 2017

Kenapa Malaysia Nak Bantu Kukuhkan Ekonomi Amerika? Fahami Dahulu Maksud Disebaliknya


Hangat suasana dalam media sosial apabila tular mengenai kenyataan balas daripada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak di hadapan kerajaan Amerika Syarikat diketuai Donald Trump.

Ada yang pertikaikan kenapa nak kukuhkan ekonomi Amerika yahudi laknat bla bla bla dan kenapa tak bantu ekonomi Palestin atau Malaysia sendiri? Persoalan macam ni bila dihamburkan oleh mereka yang kurang pengetahuan dari segi ekonomi dan bab perdagangan antara dua negara, memang kacau bilau jadinya. Sebab tu ada sesetengah perkara kita perlu serahkan kepada pakar untuk menentukan hala tuju negara bukannya hanya duduk ngadap Facebook dan berharap kerajaan mengikut telunjuk jari kita untuk membangunkan negara.

Friday, September 8, 2017

ATM Akan Munculkan Diri Di Sempadan Bangladesh - Myanmar #Negaraku


Malaysia akan melaksanakan 'Misi Kemanusiaan untuk Rohingya', misi bantuan bersepadu bagi membekalkan keperluan serta bantuan segera kepada pelarian yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata keputusan untuk menghantar misi kemanusiaan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir Tidak Buat Apa-Apa Walaupun Bank Negara Rugi Besar?


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diadakan bagi menyiasat kerugian besar yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) susulan urus niaga matawang asing (Forex) sekitar awal 90-an telah dimaklumkan bahawa Mahathir, yang ketika itu adalah Perdana Menteri, tidak melakukan apa-apa selepas mengetahui mengenai kerugian tersebut.

Ia didedahkan oleh Anwar Ibrahim ketika beliau dipanggil sebagai saksi ke-21 suruhanjaya berkenaan. Ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Thursday, August 24, 2017

Jemaah Haji Malaysia Diberi Keistimewaan Tak Perlu Beratur Imigresen Arab Saudi #KekalNajib #RespectMyPM


Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang mempunyai sistem pre-clearance imigresen Arab Saudi untuk jemaah haji yang dilakukan di lapangan terbang Malaysia.

Maksudnya jemaah haji dah cop pasport mereka di KLIA sebelum berangkat ke Arab Saudi. Di Arab Saudi nanti mereka tidak perlu menunggu sampai 5-6 jam untuk pemprosesan imigresen. Sampai sana ambil beg dan terus ke hotel masing-masing.

Wednesday, August 23, 2017

Lebih 9,500 Anggota FSF Kawal Keselamatan Operasi Tren Haji MMMSL Tahun Ini #RapidKL


Tahap keselamatan di semua sembilan stesen termasuk depoh dan landasan tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) kini dipertingkatkan menjelang operasi tren terbabit pada 29 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), Masnizam Hisham berkata, tugas tersebut akan dilakukan dengan kerjasama Pasukan Keselamatan Fasiliti Arab Saudi (FSF), sebuah pasukan khusus yang bertanggungjawab melindungi keselamatan aset strategik negara itu.

PM & Sultan Selangor Turun Bagi Sokongan Kepada Pelari Terpantas Asia Tenggara #KL2017 #SeaGames2017


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan tahniah kepada pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan atas kejayaan memenangi pingat emas dalam acara 100 meter Sukan SEA 2017.

Thursday, August 17, 2017

Itu Pun Nak Kecoh Turun 66 Sen, Naik 48 Sen Jer


Hari ini harga minyak petrol rakyat sedang hangat diperkatakan kononnya kerajaan dah terdesak tak cukup duit sebab nak menampung kos hutang piutang 1MDB. Ini adalah idea dan isu kolot yang dilemparkan oleh Rafizi kepada orang ramai.

Tapi ramai yang terlupa bahawa, idea rasionalisasi harga minyak mingguan ini datang daripada Rafizi sendiri yang kononnya mahu memastikan rakyat tidak ditipu dengan mainan harga syiling petrol dan diesel semasa dunia.

Monday, August 14, 2017

Pembangkang & Genterism Jalanan Berpisah Tiada - @razlanrafii


Selepas Rusuhan Jalanan dibawa oleh mereka, sekarang budaya merusuh dalam Dewan pula diajar kepada anak Bangsa Malaysia.

Budaya Merusuh yang di ajar sekian lama oleh pihak Pembangkang(PKR, DAP PAS ) sudah menular dan memakan diri mereka sendiri.

Tuesday, August 8, 2017

Rafizi Jamin Harga Barang Tidak Melambung Sekiranya Pakatan Jadi Kerajaan


Bakal banduan Rafizi Lembu Ramli berkata, harga barang tidak akan melambung naik tinggi sekiranya Pembangkang memerintah negara selepas PRU14. Itu sekadar saranan tanpa jaminan.

Sebelum ini juga ada pendapat yang mengatakan, pembangkang tidak akan menggunapakai sistem cukai GST 6% kerana kononnya mendengar keluh kesah rakyat.

Tuesday, August 1, 2017

Menjawab Keluh Kesah Syed Saddiq Bimbangkan Harga Ikan Kembong RM 22 ?


Menjawab Keluh Kesah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

1. HARGA IKAN KEBONG RM22?
- Ni nak tanya seekor atau sekilogram yang berharga RM22 ?
- Di mana tempat yang dimaksudkan tersebut?
- Sebelum ini MoA bersama-sama agensi di bawahnya berkempen memerangi orang tengah (peraih) yang membeli hasil dari petani / nelayan dengan harga rendah tetapi menjual dengan harga mahal. Agensi-agensi di bawah MoA juga telah berperanan menjadi peraih (beli dengan harga berpatutan dan jual kepada rakyat dengan harga berpatutan juga) bagi membanteras golongan ini. Cuma nak tahu juga, ada tak Pemuda Bunga berkempen kepada petani / nelayan supaya jangan jual kepada orang tengah bukan daripada agensi kerajaan?

Wednesday, July 26, 2017

Orang Ramai Berpusu² Semak Wang Yang Tidak Dituntut Selepas Tular Di What'sApp


Beberapa minggu lepas, viral mengenai makluman Wang Tak Dituntut (WTD) oleh orang ramai iaitu pemilik akaun bank disebabkan beberapa faktor antaranya akaun bank telah ditamatkan disebabkan tidak aktif dan sebagainya.

Nak faham lebih lanjut, meh baca perkongsian di bawah.

Tuesday, July 25, 2017

Jangan Lupa Doakan Malaysia - PM @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta jemaah haji yang bakal ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji tahun ini agar mendoakan Malaysia terus aman dan meraih lebih banyak lagi kejayaan di persada dunia.

"Lakukan ibadah haji sebanyak mana dan yang terdaya. Jangan lupa berdoa demi negara Malaysia kita tercinta. Berdoalah semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada negara kita agar menjadi sebuah negara yang aman, berjaya, yang akan terus disanjung tinggi oleh semua pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...